Wednesday, October 27

Warna-warni hidupku






*Cerita ini ada 'auta'nya sikit-sikit..he2
Sudilah membacanya ya...

Bismillahirrahnirrahim..

3 tahun..
Itulah tempohnya,
Ak 'survive' bersama rakan-rakanku.
Suka duka semuanya dilalui bersama.
Yang indah sama-sama dikongsi. Yang sedih sama-sama ditangisi.
Makan,main bola,tengok final bola,study,solat,tidur,tengok tv,kene marah dengan cik rahim, semuanya sama-sama.
Tingkah laku mereka ak perhati. Ak yakin dan pasti!Mereka semua baik-baik belaka orangnya..
Sungguh, ak kenal mereka!.
Rumahku di IKIP dulu..
Kami dikurniakan 12 buah rumah sewa. Tapi kami tinggal di dalam 3 buah rumah je.
Sebuah rumah seramai 8 orang dan kesemuanya masih bujang(bak kata arip blues..he2). Semuanya mantop-mantop. Ada pakar masak, Ada pakar main game, Ada pakar mesej, pakar berlipat,sampai pakar politik pun ade..he2..
Astana B3,itulah name untuk rumah kami. Siap ade pilihanraya tuk organisasi bilik ag.ha2..Oraganisasi rumah aku;,
CEO-Raja
Bendahara-Acad
Sumber manusia-Ak
Eksekutif-Min,Alip,Arip,Alip syaz..
Tugas-tugasan rumah kami diatur dan dibahagi oleh Raja. Makan minum kami semua terjaga bawah kelolaan beliau. tq kepada beliau.
Acad selalunya jadi pengutip hutang/pengumpul duit luqatoh. Tiap-tiap hari die mintak duit.huh
Ak pula tolong tulis kata-kata semangat kat white tiap-tiap hari.
Yang lain, tolong jaga keamanan rumah dari bencana how liow.he3

Rumah kami juga mempunyai jaga(pak guard)ciko,tam,tom,ibu cam. Mereka adalah kucing-kucing yang suka membuat taik dan tak pernah kenyang. Tiap-tiap hari mereka jalani hidup sebagai kucing yang suka mengawan..ha2..
Kucing-kucing ni juga selalu buat how liow kat dalam rumah.
Rumah kami dijadikan sebagai port mereka..hu2..kuang asam punye kucing..
Tetapi mereka ini jugalah yang mentarbiyyah kami supaya bangun awal. Bagaimana?dengan memberi how liow kat sebelah katil waktu pagi mase subuh..huh..tengit la hidung kami bau how liow tu..huh..Jadi,kami pun terpakse bangun awal..tq2.
Rumah kami juga ada air terjun kat belakang.ha2.tapi malu sikit nak mandi kat air trjun tu sebab open air. Mandi malam-malam baru best. Orang tak boleh tengok.he2..
Hanya kami sahaja yang tahu pasal air terjun tu. Biarlah rahsia..he3
Aktiviti kami setiap petang..
Setiap petang,aktiviti utama, padang bola kemuncup(siap ade pokok semalu lagi)IKIP tempat kami berhibur.ha2.Main bola sambil ada monyet sebagai penonton. Padang tu jugak padang sumpahan.ha2..Dah ramai terseliuh kaki kat situ..Di padang IKIP tersebut juga telah berjaya melahirkan banyak pemain professional seterusnya menjadi saksi kami menang kejuaraan ALL IKIP dalam acara bola sepak padang.ha3.
Petang-petang,ada juga yang tengak(bak kata luqman) cerita korea. Ada juga yang suka pergi ke bundle. Tak kurang ade juga yang membuta sampai maghrib..he2

Solat Berjemaah..
Selain itu,yang bestnye, semua solat berjemaah kat luar mase maghrib ngan subuh. Lepas solat, ada pengisian sikit(tazkirah). Tapi ni mase nak time2 exam la. Apiz paling best bagi ceramah. Tapi dia berhenti awal dari IKIP atas sebab-sebab tertentu.
Tiap-tiap hari Jumaat mesti kami orang race motor.ha2.Topa paling laju sekali. Takde orang lain boleh 'beat' die. Kami race sape paling awal pergi ke masjid. Dapatkan saf pertama.ha2.Lepas Jumaat, kami makan sama-sama kat kedai semambu@kedai saving budget. Sebab kat situ yang paling best dan murah. Bandung cincau dengan nasi kentang goreng.pergh,terbaik la!..

Pergi Kuliah..
Memandangkan masa yang diambil dari hostel kami ke kuliah hanya 5 minit, kami menggunakan semaksimum masa di pagi hari yang ada untuk top-up tidur dek kerana selalu studi sampai lewat malam.
Dalam kelas kami selalu menumpukan sepenuh perhatian kami. Tidak pernah terlentok mahupun terlelap walaupun seketika ketika di dalam kuliah.Tidak pernah juga kami ponteng kuliyah kami.
Assignment kami selalu kami siapkannya awal.
Kami juga selalu mengamalkan budaya study group,bertukar nota dan membaca terlebih dahulu pelajaran yang bakal kami pelajarinya.
Bagus kan kami?he3
Exam..
Kami selalu bersedia dengan persediaan yang rapi sebelum exam. Semua subjek kami ulangkaji sebulan lebih awal. Kami tak suka studi last-last minute. Kami selalu habiskan masa sehari sebelum exam dengan perbanyakkan doa dan amalan sunat yang lain(membaca quran,solat sunat).
Kami juga selalu score dalam ujian 1 dan ujian 2 yang diberikan pensyarah.
Itu antara secebis rahsia kejayaan kami sehingga berjaya kami semua menjejakkan kaki kami di Universiti Yarmouk,Jordan tika dinihari(etul ke ayat ni?tambah bagi sedap.haha). Alhamdulillah.

Sikap kami..
Kerjasama kami amat titikberatkan dalam jadual harian kami.
Jika seorang sakit, satu kompeni akan datang menolong.
Jika seorang memasak, yang lain akan datang merasa masakan tersebut.
Sikap rajin juga kami amalkan.
Kami selalu rajin turun main bolasepak.
Kami rajin basuh baju.
Kami rajin basuh pinggan.
Kami rajin study/bangun awal pagi.
Kami rajin ke kuliyah.
Senang kata, kami memang rajin.
Itulah kami!
.....Ku akhiri tulisan ini sambil tersenyum sorang-sorang depan komputer..he3


Wassalam,

Hazim Amsyar,
2:34 AM
Kesejukan,
Bayt Ehna,Bangunan Sa`adon,
Irbid, Jordan

Wednesday, September 8

Bersyukur itulah doa terhebat!

Le Royal Hotel


Bismillahirrahmanirahim..


Alhamdullilah..syukur.

Cuaca kini silih berganti. Cuaca panas terik diganti cuaca sejuk mengigit. Angin bertiup bukan pada kadar yang biasa-biasa. Hi nggakan berwuduk pun terasa macam disimbah ais beku.
Barangkali itu suatu perkara yang luar biasa bagiku tetapi amat biasa bagi pak arab dan seniors di sini. Berbaju lengan pendek tanpa sweater. Benar kata orang"Alah bisa tegal biasa". huh..

Ke Kota Amman

Hari ini genap sudah hari ke-3 selepas peristiwa terhebat pernah ku lalui dalam kembaraku di dunia ini. Bagaikan bermimpi. Kata-kata pun tidak dapat menggambarkannya dengan baik. Bukan kerna bahasa. Mungkin kerna dek tidak pandainya ak menulis barangkali.he2..Yang pasti hanya aku yang merasainya. Aku dan tuhanku sahaja yang tahu. Syukur..

Belum sempat ak berjalan di Irbid, sudah ku berlari-lari ke Amman menuntun delegasi Menteri Besar Pahang meronda bumi urdun.
Bertutur ammi dengan sempurna dalam masa 3 minggu memang perkara yang sukar tetapi bukanlah mustahil.
Berinteraksi dengan bellboy,bermuamalat dengan muallim(pakcik drebar),mintak kurang harga,juru tafsir(penterjemah) dan bermacam lagi.
Semuanya on the spot di depan orang kenamaan(penaja).
Menjaga nama baik mahasiswa IKIP-Yarmouk sebagai mahasiswa terkemuka Urdun ku kira, bukannya mudah..huh.

Tetapi itulah yang mencabarnya. Itulah yang bestnya. Pengalaman itulah harganya. Priceless.

Bagaikan bermimpi

Menginap di hotel ternama di Malaysia sekalipun tidak pernah. Apatah lagi di luar negara. Hampir mustahil!.
Tetapi kudratNya dan Maha PemberiNya yang meng atasi segala sesuatu itu. Aku telah ditakdirkan untuk bersama-sama 5 rakan seperjuangan yang lain menginap di Hotel Le Royal,Amman(antara hotel terkemuka Amman dan seluruh Urdun barangkali).he2
Syukur Alhamdulillah..

Pengalaman

Ku sertakan gambar untuk membicarakannya..
da pernah try mintak kurang kat pasaraya ni..ha2..seyes tak boleh punye..
makan malam di Fountain Square-tarian budaya
Penyaksian tempat yang dilaknat Allah,Dead Sea-(al-ankabut,ayat 28)
protokol(المراسم)@kereta yang khas tuk menteri luar negara..dpt naik..he2Tawaheen Al-Hawa Restaurant(5 star)..jus farawlah pling best!



RENUNGAN:

Ya Allah, sungguh banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu.
سُوۡرَةُ إبراهیم
وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ (٧
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat" - (Ibrahim:7)

Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menerima apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.


cukup sampai di sini..

wassalam...



*post ini hanya untuk berkongsi suka dengan semua

*kelas tinggal sehari..hu2..tapi xpe, de pelepasan..he2

*travel pling JIMAT pernah ku sertai..he3..sgat2 bersyukur..

*de banyak ag nk cite..tp tenet asyik putus2..aiseh..

Wednesday, February 3

Masa itu Aku!


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t..

Awan malam yang beranjak menutupi bulan mempercepat tirai malam berlabuh. Aku merebahkan badanku di katil. Empuk katil ditambah putaran ligat kipas sememangnya keadaan yang cukup baik untuk sesiapa sahaja melelapkan mata. Tetapi mataku ini terbuka buntang melihat tepat ke arah syiling. Anak mataku tidak bergerak-gerak. Isyarat tidur dari otakku tidak mampu menolak diriku dari terus memikirkan akan peristiwa malam semalam. Lantaran itu aku bangkit mencapai laptop usangku menulis post kali ini..

Sahabat..

Dengan berbekalkan cuti semester yang hampir ke penghujungnya, aku cuba memanfaatkan kebanyakan masaku untuk memahami lebih dekat tentang bi`ah(suasana) yang sebenarnya di sekitar aku tika ini. Moga- moga aku mendapat pengalaman yang berharga yang tidak mungkin aku rasainya buat kali yang seterusnya...

Perlawanan yang Sengit..

Perlawanan piala FA di antara pasukan gegasi liga Pahang menentang pasukan kerdil Felda UTD boleh dikatakan berbaloi untuk diriku dan rakan-rakanku tontoninya semalam. Padang rumput menghijau dengan barisan pemain yang sudah menjejakkan kaki di atas padang tersebut jelas kelihatan dari tempat dudukku. Kehadiran penonton yang bermacam ragam memeriahkan lagi suasana di dalam stadium. Palungan kompang, tiupan HON(sejenis alat yang bunyinya macam hon), teriakan penonton, tiupan wisel semacam menjadi kewajipan apabila berada di dalam stadium.
Perlawanan kali ini dilihat sebagai langkah kanan dan lebih memihak kepada pasukan Pahang untuk menang. Ulasan jurulatih pasukan Felda utd sebelum perlawanan menegaskan mereka yang bakal melayakkan diri ke peringkat suku akhir walaupun mereka pasukan kerdil di dalam liga.
Wisel sepakan mula.Pasukan Felda utd lebih teratur dalam pergerakan formasi mereka. Mereka berjaya mengasak pasukan lawan(Pahang) sehingga berjaya mendahului 1-0 di babak pertama perlawanan. Lebih mengagumkan, gol itu adalah hasil daripada serangan pertama mereka. Ternyata semangat pasukan Felda utd menggoyahkan pemain Pahang. Mereka tidak mensia-siakan setiap minit yang berlalu.
Tetapi Pahang berjaya mengikat perlawanan meskipun dalam keadaan formasi yang kucar-kacir hasil sepakan penalti di akhir babak perlawanan. Sejurus selepas itu, pengadil meniup wisel akhir perlawanan. Felda utd menerima tepukan gemuruh dari penonton-penonton yang hadir. Felda utd sudah 'menang' di hati penyokon yang hadir malam itu. Sememangnya perlawanan yang sengit.

Kehidupan kita..

Suka aku nyatakan bahawa kita sebenarnya tersangat perlu kepada perancangan yang teliti di dalam mengecapi matlamat kehidupan kita hari-hari. Terutama kita sebagai seorang penuntut ilmu. Perancangan yang tidak menjurus kepada matlamat yang jelas akan mendorong seseorang itu melaksanakan perancangan tersebut umpama melepaskan batuk di tangga sahaja.
Kita lihat bagaimana tadi Felda utd telah mengatur langkah sejak sepak mula lagi. Meskipun mereka pasukan kerdil, mereka mampu menggoyahkan pertahanan pasukan gergasi, Pahang. Pasukan kerdil ini, Felda utd, tidak sama sekali terganggu dengan spekulasi-spekulasi tentang kemenangan pasukan Pahang ke atas mereka. Matlamat mereka hanya satu, melayakkan diri ke peringkat suku akhir.
Jadi, kita perlulah dari awal semester lagi menyimpan hasrat untuk memperoleh keputusan yang terbaik dalam peperiksaan agar kita bisa mengatur strategi(perancangan) yang terbaik untuk diri kita.Jadilah kita semua seperti pasukan Felda utd. Meletakkan matlamat sebagai pendorong kepada membentuk formasi dan usaha yang mantap. Gunakanlah masa yang ada dengan sebaik-baiknya...

Memang tidak sia-sia aku pergi ke Stadium Darul Makmur semalam. Meluaskan pandanganku,pengalamanku dan memanfaatkan masaku. Aku yakin jika aku bijak merancang, pandai mengurus masa, aku akan berjaya seperti Felda utd!. Aku cuma perlu jadikan "Masa itu Aku"!

*Post kali ini banyak tokok tambah, menyedapkan cerita..he3..tapi result perlawanan memang betul.


Renungan:

Al-Quran..

سُوۡرَةُ العَصر

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

Al-Asr
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful
By the declining day, (1) Lo! man is a state of loss, (2) Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. (3)

Hadis...

Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas, sabda Rasulullah s.a.w:

"Terdapat dua nikmat di mana kebanyakan manusia menderita kerugian di dalamnya iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.”

Terdapat dalam hadis lain sabda Rasulullah s.a.w:

“Rebutlah keuntungan (dalam) lima perkara sebelum (datang) lima perkara: masa hidup sebelum mati; sihat sebelum sakit; lapang sebelum sibuk; muda sebelum tua dan masa kaya sebelum miskin.”

Ulama`...

Abu ‘Athaillah dalam syairnya mengatakan:
Sesungguhnya usia muda, kekosongan masa dan kemewahan,
adalah punca kebinasaan seseorang dalam bentuk kebinasaan apa saja.


wassalam..

Friday, January 15

Jika kamu mengerti..


Assalamualaikum w.b.t.
bismillahirrahmanirrahim..
15.01.10-pertengahan januari.Malam jumaat yang masih belum larut jauh.Di hadapan desktop berkuasa intel core duo dan hanya berbekalkan line streamyx yang putus-putus,aku menulis post kali ini.

Perasaan yang dirasakan ku kini sukar untuk diungkapkan melalui kata2 atau ayat2 yang biasa.Sememangnya hanya ayat-ayat suci al-quran sahaja yang mampu menenangkannya.Surah al-Anfal 8,ayat 2 menyentuh kepentingan hati: "sesungguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut nama Allah terasa gementarlah hati-hati mereka."
Seterusnya,walaupun sukar untuk diungkapkan melalui kata2,aku cuba sedaya upaya untuk menghuraikannya dalam post ku kali ini...


Jemu dengan tulisanku..

tulis..tulis..tulis...begitulah caraku mengukuhkan hafalan(sem ini shj)..ikut manhaj(cara) muhaimin..ternyata tidak begitu berkesan pada diriku ini..fikiranku sendiri menjadi tidak teratur bila melihat sendiri catatan hafalanku yang berterabur memenuhi setiap ruang kertas..ternyata kaedah menghafal tak tentu hala(tak ikut susunan) menjadi pilihanku di saat2 menjelang peperiksaan..dan ternyata kaedah itu sesuai dengan diriku(kaedah yang memeningkan kepala)...

Final yang mencabar!

3 paper sudah berlalu.Hanya tinggal 2 lagi.Exam pada kali ini tidak sama sekali senang untuk ku harungi.Aku harunginya hanya berbekalkan hafalan dan pemahamanku yang tidak begitu kukuh di dalam setiap madah.
"Mana mungkin bisa peroleh keputusan yang baik dong tanpa jawapan yang baik",dialog yang ku dengar di dalam sebuah sinetron petang semalam.
"Selagi tidak tahu keputusan,selagi itulah aku MUMTAZ",bisik pula jauh di hatiku..dan keyakinan itulah yang terus menyalakan impian ku "mumtaz" untuk semester ini..insyaAllah.

Amanahku...

Ku cuma pertaruhkan idea dan tulang 4 keratku dalam menjalankan amanahku seadilnya.Komunikasi maupun contoh ikutan belum mampu ku olahkan dengan baik dalam setiap pelaksanaanku.Kata-kata yang meghujani ku sudah tentunya ada.Apalah diriku cuma seorang hamba yang jauh dari sifat kesempurnaan...

Akhirnya,ku pohon kepada tuhanku agar aku bisa menjalankan amanahku sebagai hamba,pelajar dan ketua sebaik yang mungkin kelak..aku sedar,segala ini cuma ujian yang akan mematangkan lagi corak pemikiran dan keperibadianku kelak..dan jikalah kamu mengerti....


Renungan:

Disuarakan oleh bijak pandai:

“Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.”

wassalam...