Wednesday, October 27

Warna-warni hidupku






*Cerita ini ada 'auta'nya sikit-sikit..he2
Sudilah membacanya ya...

Bismillahirrahnirrahim..

3 tahun..
Itulah tempohnya,
Ak 'survive' bersama rakan-rakanku.
Suka duka semuanya dilalui bersama.
Yang indah sama-sama dikongsi. Yang sedih sama-sama ditangisi.
Makan,main bola,tengok final bola,study,solat,tidur,tengok tv,kene marah dengan cik rahim, semuanya sama-sama.
Tingkah laku mereka ak perhati. Ak yakin dan pasti!Mereka semua baik-baik belaka orangnya..
Sungguh, ak kenal mereka!.
Rumahku di IKIP dulu..
Kami dikurniakan 12 buah rumah sewa. Tapi kami tinggal di dalam 3 buah rumah je.
Sebuah rumah seramai 8 orang dan kesemuanya masih bujang(bak kata arip blues..he2). Semuanya mantop-mantop. Ada pakar masak, Ada pakar main game, Ada pakar mesej, pakar berlipat,sampai pakar politik pun ade..he2..
Astana B3,itulah name untuk rumah kami. Siap ade pilihanraya tuk organisasi bilik ag.ha2..Oraganisasi rumah aku;,
CEO-Raja
Bendahara-Acad
Sumber manusia-Ak
Eksekutif-Min,Alip,Arip,Alip syaz..
Tugas-tugasan rumah kami diatur dan dibahagi oleh Raja. Makan minum kami semua terjaga bawah kelolaan beliau. tq kepada beliau.
Acad selalunya jadi pengutip hutang/pengumpul duit luqatoh. Tiap-tiap hari die mintak duit.huh
Ak pula tolong tulis kata-kata semangat kat white tiap-tiap hari.
Yang lain, tolong jaga keamanan rumah dari bencana how liow.he3

Rumah kami juga mempunyai jaga(pak guard)ciko,tam,tom,ibu cam. Mereka adalah kucing-kucing yang suka membuat taik dan tak pernah kenyang. Tiap-tiap hari mereka jalani hidup sebagai kucing yang suka mengawan..ha2..
Kucing-kucing ni juga selalu buat how liow kat dalam rumah.
Rumah kami dijadikan sebagai port mereka..hu2..kuang asam punye kucing..
Tetapi mereka ini jugalah yang mentarbiyyah kami supaya bangun awal. Bagaimana?dengan memberi how liow kat sebelah katil waktu pagi mase subuh..huh..tengit la hidung kami bau how liow tu..huh..Jadi,kami pun terpakse bangun awal..tq2.
Rumah kami juga ada air terjun kat belakang.ha2.tapi malu sikit nak mandi kat air trjun tu sebab open air. Mandi malam-malam baru best. Orang tak boleh tengok.he2..
Hanya kami sahaja yang tahu pasal air terjun tu. Biarlah rahsia..he3
Aktiviti kami setiap petang..
Setiap petang,aktiviti utama, padang bola kemuncup(siap ade pokok semalu lagi)IKIP tempat kami berhibur.ha2.Main bola sambil ada monyet sebagai penonton. Padang tu jugak padang sumpahan.ha2..Dah ramai terseliuh kaki kat situ..Di padang IKIP tersebut juga telah berjaya melahirkan banyak pemain professional seterusnya menjadi saksi kami menang kejuaraan ALL IKIP dalam acara bola sepak padang.ha3.
Petang-petang,ada juga yang tengak(bak kata luqman) cerita korea. Ada juga yang suka pergi ke bundle. Tak kurang ade juga yang membuta sampai maghrib..he2

Solat Berjemaah..
Selain itu,yang bestnye, semua solat berjemaah kat luar mase maghrib ngan subuh. Lepas solat, ada pengisian sikit(tazkirah). Tapi ni mase nak time2 exam la. Apiz paling best bagi ceramah. Tapi dia berhenti awal dari IKIP atas sebab-sebab tertentu.
Tiap-tiap hari Jumaat mesti kami orang race motor.ha2.Topa paling laju sekali. Takde orang lain boleh 'beat' die. Kami race sape paling awal pergi ke masjid. Dapatkan saf pertama.ha2.Lepas Jumaat, kami makan sama-sama kat kedai semambu@kedai saving budget. Sebab kat situ yang paling best dan murah. Bandung cincau dengan nasi kentang goreng.pergh,terbaik la!..

Pergi Kuliah..
Memandangkan masa yang diambil dari hostel kami ke kuliah hanya 5 minit, kami menggunakan semaksimum masa di pagi hari yang ada untuk top-up tidur dek kerana selalu studi sampai lewat malam.
Dalam kelas kami selalu menumpukan sepenuh perhatian kami. Tidak pernah terlentok mahupun terlelap walaupun seketika ketika di dalam kuliah.Tidak pernah juga kami ponteng kuliyah kami.
Assignment kami selalu kami siapkannya awal.
Kami juga selalu mengamalkan budaya study group,bertukar nota dan membaca terlebih dahulu pelajaran yang bakal kami pelajarinya.
Bagus kan kami?he3
Exam..
Kami selalu bersedia dengan persediaan yang rapi sebelum exam. Semua subjek kami ulangkaji sebulan lebih awal. Kami tak suka studi last-last minute. Kami selalu habiskan masa sehari sebelum exam dengan perbanyakkan doa dan amalan sunat yang lain(membaca quran,solat sunat).
Kami juga selalu score dalam ujian 1 dan ujian 2 yang diberikan pensyarah.
Itu antara secebis rahsia kejayaan kami sehingga berjaya kami semua menjejakkan kaki kami di Universiti Yarmouk,Jordan tika dinihari(etul ke ayat ni?tambah bagi sedap.haha). Alhamdulillah.

Sikap kami..
Kerjasama kami amat titikberatkan dalam jadual harian kami.
Jika seorang sakit, satu kompeni akan datang menolong.
Jika seorang memasak, yang lain akan datang merasa masakan tersebut.
Sikap rajin juga kami amalkan.
Kami selalu rajin turun main bolasepak.
Kami rajin basuh baju.
Kami rajin basuh pinggan.
Kami rajin study/bangun awal pagi.
Kami rajin ke kuliyah.
Senang kata, kami memang rajin.
Itulah kami!
.....Ku akhiri tulisan ini sambil tersenyum sorang-sorang depan komputer..he3


Wassalam,

Hazim Amsyar,
2:34 AM
Kesejukan,
Bayt Ehna,Bangunan Sa`adon,
Irbid, Jordan