Sunday, April 14

Hari Minggu


Assalamualaikum.

Nak bercerita.
Santai-santai.

Hari ni hari minggu.
Sabtu dan Ahad.
Sangat best okeh.
Paham tak? Sangat best!
Boleh rest, tengok tv dan jalan-jalan.

Yang paling best, ada masa untuk mengulang bacaan quran.
Nikmat kot.
Masa ini lah digunakan untuk perbaiki bacaan dan juga memantapkan ilmu yang nak bagi time tazkirah geng surau.



Tapi time cuti macam ni, jadi malas pula nak pikir untuk tesis master.
Hampir terlupa yang saya ni sekarang student master.

"Takpe, ade mase lagi, next weekend baru start", ayat skema bila malas nak tulis tesis.

Dengan tekad, semalam, sabtu, saya pergi ke digital mall(tempat jual barangan komp) untuk subscribe internet.
(inilah bentuk rupanya)
Kecik dan handy. Boleh dibawa ke mana-mana dengan kelajuan 4G.
Boleh la search artikel jurnal dan buku-buku yang berkaitan.
Begitulah bersemangat wajarnya aku dalam nak menyiapkan tesis saya.


Allah yustur!

tu dia internet tu. Comei dan sangat laju.
Moga pahala yang mengalir dari pembelian internet ini.Amin.
***

Alhamdulillah, rezeki dari Allah saya dapat menempatkan diri dalam bidang yang diiginkan. 
Bidang perbankan Islam.

Masa nak interview, rasa sangat taff.
Belek balik note lecture tentang qawaid fiqhiyyah, english, fiqh usul dan macam macam lagi.
Preparation sangat penting!
Unfortunately, my interview session was in English.
Bahasa omputih(baca:orang putih).Honestly, sebagai graduan timur tengah dan anak jati melayu, agak tergeliat lidah nak speaking.

Selingan: Rancangan oh my english sangat best. tetibe je...
Ummi saya yang datang ke opis.
Tersenyum :)
Tengah hujan renyai masa ni.
Ada 5 candidate.
3 master student dan 2 sudah ada experience bekerja.
Tetapi Allah tetapkan rezeki tu untuk saya.
Berbagai skill ditest dalam interview.
Kena speaking.
Kena terjemah arabic ke english spontan bila dibuka buku(time tu, saya kena terjemah pasal tawarruq arrangement).
Dan bermacam lagi lah. 

***

Sudah masuk ke minggu keempat saya bekerja. 
Dilantik sebagai Eksekutif Shariah.
Basically, kerja di sektor perbankan ini taff sikit. 
Kebetulan pula saya dapat masuk Bank Cina yang kuat bekerja.

Taff + Kuat bekerja = Priceless Experience.

Formula ni yang selalu saya pegang. 
Ada untungnya masuk bank yang work pace dia sangat laju nih.
Kita pun jadi teruja hendak memajukan diri dalam mengenal sesuatu isu.
Medium perantara adalah English(so, mantapkan english okeh?).

***

Simply, review itu memantau. So, kerja aku adalah memantau. Memantau  kegiatan bank supaya comply dengan shariah. Dari segi process flow akad tu berjalan, bagaimana business unit bertindak, dan sebagainya.
Kekadang kena buat pemantauan dan bagi training dekat bank cawangan.

*masa bagi training la nak dakwah. Kenapa diharuskan jual beli dan diharamkan riba. Mana tau ada yang terpikat nak masuk Islam. Pahala tuu.  


Department Shariah terdiri dari tiga unit.
Unit Review, Advisory & Research dan juga Secretariat.
Sekarang ini aku diletakkan di bawah review, di samping menggalas lagi dua unit itu. 
Tertekan juga nak belajar tiga-tiga in one time. Tetapi itulah cabaran.
Aku kena belajar function dan skop kerja ketiga-tiga ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Mana tahu, ada yang maternity leave ke, cuti kahwin ke, so, tugas depa yang bercuti tu tetap nanti kena dibackup oleh seseorang.
That is the reason why im doing the multi task.


Department Shariah bertindak sebagai sokongan kepada Business Unit. 
So, depa(business unit) akan selalu melawat kita untuk dapatkan kefahaman dan pandangan Shariah terhadap sesuatu isu.
Takpun, kita sendiri yang akan pergi tanya depa kalau ada timbul isu Shariah.

Shariah yang aku maksudkan di sini adalah dalam bidang muamalat. Ini yang bank practice. 
Cabang lain seperti ibadat, munakahat, jinayat adalah untuk kita interact dengan rakan sekerja dan medium berdakwah.
Kadang-kadang depa tanya hukum-hakam dan pendapat. So, as a Shariah scholar, kena la terangkan dengan mudah dan padat.

Yang bagus bank yang saya bekerja ini ialah boleh menerbitkan sukuk sendiri. 
So, saya boleh join in discussion dari proses pembentukan sampai la penerimaan sijil sukuk oleh customer.

"Bank lain jarang ada sukuk sukuk ni. So, ambil peluang dan belajar", ujar manager unit saya.

Kalau dulu belajar atas teori je, sekarang nak aplikasi pula.

***
Pagi kerja kat opis.
Malam berkhidmat untuk masyarakat.
Sedang berusaha nak ingatkan balik hafalan dengan syeikh makmun masa kat joden dulu.
Ya Allah, permudahkanlah aku mengulang dan ingat ayat-ayat suci Alquran. 
Amin

testing serban.
Ada jemaah baru balik dari umrah yang bagi.
Makan-makan dengan geng surau.
Tiada apa dah nak cerita.
Tercapai jugak hajat nak menulis belog.
Da dua bulan tertangguh hajat :P


Wallahualam.

Tenang macam kampung,
Ahad,
04:16 petang,
Surau Pajar,
Petaling Jaya.

Thursday, January 24

Bujang 15 : Pelbagai kerja


Sudah menginjak ke minggu ketiga aku memulakan kerja di bidang akademik.

Menjadi pembantu kepada Doktor aku dalam kajian.

Atau lebih tepat sebagai pembantu penyelidik (RA).

Kajian berkenaan CSR di syarikat halal berdaftar di bawah Bursa Malaysia.

*Teringat masa mula-mula masuk Um, teringin bekerja sebagai RA bagi menyara kehidupan dan juga mendapatkan nama sebagai penulis di dalam jurnal.

Belum lagi sempat bercuti untuk pulang ke Kampung halaman.

Yelah, selepas selesai sahaja final exam terus saja fokus kepada kerja penyelidikan.
Seperti biasa, awal pagi bergerak ke opis.

Opis yang senyap dan sejuk berhawa dingin.
Semua aktiviti tertumpu kepada pembacaan dan penulisan.
Jadi, manusia banyak memencilkan diri di dalam bilik menghadap komputer.

Baru sahaja kami melabuhkan punggung kami di kerusi di depan opis, kami ditegur oleh pensyarah kami yang disegani. Dr. Mumin.
Raut wajahnya menggambarkan umurnya sudah menjangkau lebih setengah abad.
Wajanya biasa mengukir senyuman ceria.
Tetapi hari ini, dari jauh kelihatan wajahnya yang sedikit mencuka.
Tidak seceria seperti biasa.

Ketinggian ilmu dan wajah yang tidak lekang senyuman membuatkan beliau amat disenangi kami.
Beliau sangat berpengalaman di dalam bidang yang saya ceburi ini.
Orang paling kanan dalam jabatan Shariah di Hong Leong Islamic.
Terus dia mendapatkan kami untuk bertanyakan tentang Sufrizal dan Maulana kerana masalah kertas peperiksaan.
Maulana dihubungi dan masalah pun selesai. Mujur mereka berdua belum pulang ke Indonesia lagi.

Setelah selesai, Dr sempat menguntum senyum ceria dan terus berjalan ke arah pejabatnya.
Belum sempat pintu pejabatnya dikuak,  beliau menoleh ke arah kami sambil bibirnya mengucapkan sesuatu.
Beliau menawarkan kepada kami untuk menjadi sebahagian dari pegawai bank di tempat beliau bekerja.

Alhamdulillah selesai kami berdua submit CV. Moga rezeki kami dimurahkan dan ditempatkan di situ.

Selepas asar, selesai kerja kami di opis.
Sementara perjalanan menuju ke parking motorsikal, saya menerima panggilan dari seorang teman.
Menawarkan pula peluang menjadi imam di sebuah surau.
Sampai di rumah. Buka email pula, terdapat dua tawaran dari dua syarikat.

***
Semasa saya tidak meminta. Tawaran banyak berkunjung tiba.
Masa mencari, tiada pula.
Rambang mata saya dibuatnya.
Jangan seperti peribahasa, Yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.
  
Dush!
Sekali lagi otak sakit memikirkan soal masa depan.
Meminta istisyarah dan melakukan istikharah.
Keputusan diserah pada Allah.

Terkadang kita mahu, tapi Allah lebih tahu, memberi apa yang kita perlu.

Alhamdulillah atas nikmat ini.
Moga keputusan yang dipilih mendekatkan lagi diri mendapat redha Ilahi.

Sedikit renungan,
Ada benda yang kita sangka baik bagi kita sebenarnya tak baik bagi kita. Yang kita sangka tak baik sebenarnya sangat baik bagi kita.
سُوۡرَةُ البَقَرَة
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦ 

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216)

Hazim Amsyar,
Lepas main futsal,

3.05 a.m.