Sudah
menginjak ke minggu ketiga aku memulakan kerja di bidang akademik.
Menjadi
pembantu kepada Doktor aku dalam kajian.
Atau lebih
tepat sebagai pembantu penyelidik (RA).
Kajian
berkenaan CSR di syarikat halal berdaftar di bawah Bursa Malaysia.
*Teringat
masa mula-mula masuk Um, teringin bekerja sebagai RA bagi menyara kehidupan dan
juga mendapatkan nama sebagai penulis di dalam jurnal.
Belum lagi
sempat bercuti untuk pulang ke Kampung halaman.
Yelah,
selepas selesai sahaja final exam terus saja fokus kepada kerja penyelidikan.
Seperti
biasa, awal pagi bergerak ke opis.
Opis yang
senyap dan sejuk berhawa dingin.
Semua
aktiviti tertumpu kepada pembacaan dan penulisan.
Jadi,
manusia banyak memencilkan diri di dalam bilik menghadap komputer.
Baru sahaja
kami melabuhkan punggung kami di kerusi di depan opis, kami ditegur oleh
pensyarah kami yang disegani. Dr. Mumin.
Raut wajahnya menggambarkan umurnya sudah menjangkau lebih setengah abad.
Wajanya biasa mengukir senyuman ceria.
Tetapi hari ini, dari jauh
kelihatan wajahnya yang sedikit mencuka.
Tidak seceria seperti biasa.
Ketinggian
ilmu dan wajah yang tidak lekang senyuman membuatkan beliau amat disenangi
kami.
Beliau
sangat berpengalaman di dalam bidang yang saya ceburi ini.
Orang
paling kanan dalam jabatan Shariah di Hong Leong Islamic.
Terus dia
mendapatkan kami untuk bertanyakan tentang Sufrizal dan Maulana kerana masalah
kertas peperiksaan.
Maulana
dihubungi dan masalah pun selesai. Mujur mereka berdua belum pulang ke
Indonesia lagi.
Setelah
selesai, Dr sempat menguntum senyum ceria dan terus berjalan ke arah pejabatnya.
Belum sempat
pintu pejabatnya dikuak, beliau menoleh ke
arah kami sambil bibirnya mengucapkan sesuatu.
Beliau
menawarkan kepada kami untuk menjadi sebahagian dari pegawai bank di tempat
beliau bekerja.
Alhamdulillah
selesai kami berdua submit CV. Moga rezeki kami dimurahkan dan ditempatkan di
situ.
Selepas asar, selesai kerja kami di opis.
Sementara
perjalanan menuju ke parking motorsikal, saya menerima panggilan dari seorang
teman.
Menawarkan
pula peluang menjadi imam di sebuah surau.
Sampai di
rumah. Buka email pula, terdapat dua tawaran dari dua syarikat.
***
Semasa saya
tidak meminta. Tawaran banyak berkunjung tiba.
Masa mencari, tiada pula.
Rambang mata saya dibuatnya.
Jangan
seperti peribahasa, Yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.
Dush!
Sekali lagi
otak sakit memikirkan soal masa depan.
Meminta istisyarah
dan melakukan istikharah.
Keputusan
diserah pada Allah.
Terkadang
kita mahu, tapi Allah lebih tahu, memberi apa yang kita perlu.
Alhamdulillah
atas nikmat ini.
Moga
keputusan yang dipilih mendekatkan lagi diri mendapat redha Ilahi.
Sedikit renungan,
Ada benda yang kita sangka baik bagi kita sebenarnya tak baik bagi kita. Yang kita sangka tak baik sebenarnya sangat baik bagi kita.
سُوۡرَةُ البَقَرَة
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216)
Hazim Amsyar,
Lepas main futsal,
3.05 a.m.