Wednesday, March 7

Bujang 7 : Hmmp..neskopi

Bismillahirrahmanirrahim



"abang,bangunlah, da lambat nak ke kuliah da ni", digerak-gerakkan badanku.

"Ok..ok..abang bangun la ni sayang",menggeliat sambil buat-buat bunyi comel.

Aku gosok mata.
Arkian mengelaplah aku akan air liur yang meleleh di sudut bibir .Sesekali sedut untuk merasai kemanisannya. Slrruup! Ada rasa neskopi sikit-sikit. Alhamdulillah, sedap!


Terasa dicium di pipi kanan.Rasa geli-geli di pipi. 
Mataku buka perlahan-lahan. 
Terasa debaran campur rindu membuak-buak menjalar diri melihat satu lembaga yang samar-samar. Indahnya perkahwinan ini Ya Allah. Ada orang kejutkan pagi-pagi. 

Aku gosok lagi mataku kerana lembaga di sebelahku itu masih samar-samar bayangnya.

"Cis, kau rupenye cicibon yang cium pipi aku!", lantas seekor kucing menamatkan mimpi indahku tadi.haih

***

Mengerling sebentar ke smartphone(wink2 ^^).
7.45 pagi!
Kuliah pukul 8 pagi.

Adalah menjadi suatu kelaziman untuk aku mengambil 2 bungkus neskopi sebelum kelas.
Bayangkan.
Musim sejuk + kelas anda di awal pagi = konpem mengantuk.
Jadi,sangat digalakkan untuk kita mengambil neskopi. 

***

Semester ini ada 7 subjek yang aku tasjil(baca:daftar).
Tiga cawan sehari neskopi dibeli. Culture shock agaknya aku ni.
Yelah, nak mata terus bulat mendengar syarahan dakatir(baca:doktor2) dalam kelas.
Hari ini baru terbaca efek untuk pengambilan neskopi ni.
Neskopi ni ade kaffein. Kaffeinnya itu akan memberi efek yang tak baik pada tubuh badan kita.

(efek kaffein..huh)

Dikatakan kalau ambil satu cawan sehari pun efek da tak bagus. Inikan pula 3 gelas. Aigoo!

***

Jadi pembaca riang yang dikasihi sekalian,


Carilah kita cara yang lain untuk tahan mengantuk ketika berada di dalam kelas.

1-keluar kelas kejap, ambil wuduk, sembahyang sunat dhuha. Pastu, masuk kelas balik.
(cara ini Shariah compliant.sama2 amalkan.yeah!)

2-Fikir peristiwa-peristiwa lawak. Pastu,gelak sorang-sorang.

3-Bawak kayu manis, gigit masa tengah mengantuk

4-Ha, takpun guna sabun tahan mengantuk. Ada jual dulu-dulu.

5-Boleh mencuba cara yang mujarab. Pura-puralah korang menjatuhkan pensil atau pen ke bawah meja dan tidurlah di bawah meja, asal semua orang tidak tahu korang dapat tidur dengan aman.haha

Hmm..yang lain-lain boleh cari sendiri.
Tak pernah try lagi cara-cara ni.hehe.
Yang penting, neskopi tu tak elok sangat kalau kita minum sokmo.

***
*Kelas Ulum Askari sememangnya mengantok abis!

*Neskopi=baca:Nescafe

*kurangkan neskopi tingkatkan prestasi.Demi generasi akan datang T.T

*Quote: masih single but unavailable..tibe-tibe



Bersambung..

2 comments:

  1. best la cter pasal cicibon tu...klu boleh nak pnjg ag crte tu...please...

    ReplyDelete
  2. ecece..klu pasal kawen2 semangat je ea..

    ReplyDelete