Thursday, January 24

Bujang 15 : Pelbagai kerja


Sudah menginjak ke minggu ketiga aku memulakan kerja di bidang akademik.

Menjadi pembantu kepada Doktor aku dalam kajian.

Atau lebih tepat sebagai pembantu penyelidik (RA).

Kajian berkenaan CSR di syarikat halal berdaftar di bawah Bursa Malaysia.

*Teringat masa mula-mula masuk Um, teringin bekerja sebagai RA bagi menyara kehidupan dan juga mendapatkan nama sebagai penulis di dalam jurnal.

Belum lagi sempat bercuti untuk pulang ke Kampung halaman.

Yelah, selepas selesai sahaja final exam terus saja fokus kepada kerja penyelidikan.
Seperti biasa, awal pagi bergerak ke opis.

Opis yang senyap dan sejuk berhawa dingin.
Semua aktiviti tertumpu kepada pembacaan dan penulisan.
Jadi, manusia banyak memencilkan diri di dalam bilik menghadap komputer.

Baru sahaja kami melabuhkan punggung kami di kerusi di depan opis, kami ditegur oleh pensyarah kami yang disegani. Dr. Mumin.
Raut wajahnya menggambarkan umurnya sudah menjangkau lebih setengah abad.
Wajanya biasa mengukir senyuman ceria.
Tetapi hari ini, dari jauh kelihatan wajahnya yang sedikit mencuka.
Tidak seceria seperti biasa.

Ketinggian ilmu dan wajah yang tidak lekang senyuman membuatkan beliau amat disenangi kami.
Beliau sangat berpengalaman di dalam bidang yang saya ceburi ini.
Orang paling kanan dalam jabatan Shariah di Hong Leong Islamic.
Terus dia mendapatkan kami untuk bertanyakan tentang Sufrizal dan Maulana kerana masalah kertas peperiksaan.
Maulana dihubungi dan masalah pun selesai. Mujur mereka berdua belum pulang ke Indonesia lagi.

Setelah selesai, Dr sempat menguntum senyum ceria dan terus berjalan ke arah pejabatnya.
Belum sempat pintu pejabatnya dikuak,  beliau menoleh ke arah kami sambil bibirnya mengucapkan sesuatu.
Beliau menawarkan kepada kami untuk menjadi sebahagian dari pegawai bank di tempat beliau bekerja.

Alhamdulillah selesai kami berdua submit CV. Moga rezeki kami dimurahkan dan ditempatkan di situ.

Selepas asar, selesai kerja kami di opis.
Sementara perjalanan menuju ke parking motorsikal, saya menerima panggilan dari seorang teman.
Menawarkan pula peluang menjadi imam di sebuah surau.
Sampai di rumah. Buka email pula, terdapat dua tawaran dari dua syarikat.

***
Semasa saya tidak meminta. Tawaran banyak berkunjung tiba.
Masa mencari, tiada pula.
Rambang mata saya dibuatnya.
Jangan seperti peribahasa, Yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.
  
Dush!
Sekali lagi otak sakit memikirkan soal masa depan.
Meminta istisyarah dan melakukan istikharah.
Keputusan diserah pada Allah.

Terkadang kita mahu, tapi Allah lebih tahu, memberi apa yang kita perlu.

Alhamdulillah atas nikmat ini.
Moga keputusan yang dipilih mendekatkan lagi diri mendapat redha Ilahi.

Sedikit renungan,
Ada benda yang kita sangka baik bagi kita sebenarnya tak baik bagi kita. Yang kita sangka tak baik sebenarnya sangat baik bagi kita.
سُوۡرَةُ البَقَرَة
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦ 

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216)

Hazim Amsyar,
Lepas main futsal,

3.05 a.m.

1 comment: