Wednesday, July 29

Belajar mengajar


assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim..

23-27 Julai 09 di Selangor..

Saya,Alifmohd,AlifSyazwan,Fathi,Dell,Akem,k.Hamiza,k.Diha,k.Nathirah,k.Ju,k.Yah(kahiriah),
k.Atiqah.Kami la insan yang terpilih jadi fasi tuk mengajar budak-budak ikbn Dusun Tua menjadi muslim yang lebih baik.3 hari 2 malam kami berkampung di kompleks Rakan Muda,Kelang.

Jadi fasilitator bukan semudah yang disangka dan tidak lah sesukar mana pun.Banyak menda nak kena fikir.Mengajaq kena ajaq menda betul.Amanah tu!!
Seterusnya,nak ucap terima kasih banyak-banyak la kepada k.Hamiza sebab memberi saya peluang untuk menjadi fasilitator bagi program citra ibadah di Kelang.Banyak mende dapat belajaq tau.
Syukran awi2...

Program tu bermula ngan agak slow mula2.Tetapi hasil ketekunan,kesungguhan kami dan juga bantuan Allah,alhamdulillah program tu berjalan dengan lancar.Ldk yang paling tak boleh saya dilupakan,Ldk Belia Cergas,Jangan Lupa Ibadah ngn Senaman demi matahari..sampai fasi2 pn jadi kelam kabut tengok peserta yang terlampau semangat.Slot ldk mlm hari sabtu tu beh gak..tygn video..sedey..tahniah wat k.Diha,k.Miza ngn Akem.

Fasi2 semuanya bekerjasama dengan baik sekali.Lebih-lebih lagi ketua fasi,dell.Memang power la dell.Baru angkat sebelah tangan,semua budak dah diam..he2..fasi2 yang lain pun mantap juga(tak sebut sowang2,byk sgt).Apa pun,korang sume memang sporting.Terutama akak2 fasi la,nmpak je cam diam tp lebey kuwang cam kteorang jugak..ha3

Alhamdulillah..
Selesai program citra ibadah,malamnya,kami dibawa ustazah(mak k.miza pergi makan malam di Old Time Cafe.Kami(fasi2 laki) sempat la merasa makanan barat(lamb chop).Jarang-jarang dapat makan tu.Kami pun order la bebanyak.Sorry banyak2 la kt ustazah sebab belanja..hu2..mane tak nye,kami pesan makanan penuh dua meja(..mahal weh!!..bukan satu meja).
Astaghfirullah..insaf2..tak wat lagi lepas ni..hu2.

Pagi isnin
saya,dell,alif syaz,alif mohd ngn fathi,sempat pergi ronda2 ikbn..ada kolam air panas kat situ..fuyoooohh..kami dengan rasa jakunnye main2 la kat kolam air panas tu..celup2 kaki je..kaki tu kalau rendam,bley jadi daging rebus...iyee..betull..panasnya,subhanallah.Tak percaya cuba la.Bertambah rasa kesedapannya kalau korang cuba rendam kepala korang dalam kolam tu..bayangkanlah sendiri..ha3

Terlupa pulak nak cerita,hari pertama masa sampai ke ikbn,kami(fasi2 laki)dah kena ajaq budak2 kecik baca al-Quran.Beh la jugak.Baguih budak2 ni,kecik2 dah pandai baca al-Quran.Macam2 ragam budak2 ni.Ada yang termenung,ada yang main2,ada yang mengaji,ada yang kacau membe ngaji...ha2..

Akhir Kata..
pengalaman ke Selangor khamis-isnin lalu betul2 melakar kenangan manis dalam sejarah hidupku..memang beh..syukur alhamdulillah..

wassalam..

Tuesday, July 21

Berita Baik!

Bismillahirrahmannirahim...

Berita baik untuk semua Ahli Permaiya..baju anda semua telah siap..cantek dan selesa..boleh digayakan dengan berbagai seluar dan sesuai untuk segenap majlis..
Anda boleh mengambil baju permaiya anda daripada wakil-wakil yang disahkan seperti berikut:

-Bagi senior banin dan banat-Dell d economist
-Bagi junior banin dan banat-Hazim
(boleh diambil bermula rabu,22.07.09)

Segala kecacatan pada baju bolehlah dilaporkan(yang jelas kecacatannya spt x de name ke dll)

Saya ingin mohon maaf atas segale kelewatan..baju yang sepatutnya siap pada bulan 6 yang lalu ditunda ke bulan 7 ni disebabkan masalah teknikal..kita merancang ttp tuhan yang menentukan...
Terima Kasih diucapkan kpd akh Syafiq dan ukh Farahdina yang banyak membantu dalam menguruskan baju ini....
Juga diharap anda semua dapat menerima baju itu seadanya dengan penuh rasa syukur..
*ehem2..bagi yg belum deposit lagi paham2 je la..

sekian..

Sunday, July 19

Cemerlang

Assalmualaikum w.b.t..

"Aku akan menjadi pelajar terbaik"begitulah luahan setiap mereka yang ingin berjaya..sering kali kita dengar ungkapan ini lebih-lebih lagi selepas natijah peperiksaan diperoleh(begitu juga aku)..
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui bagaimana caranya untuk menjadi yang terbaik..
Berikut adalah antara beberapa cara tersebut:


-pertama sekali anda perlulah ingat bahawa tanggungjawab untuk belajar dan mencari ilmu yang dilakukan adalah merupakan satu amanah yang akan disoal di hadapan Allah.Anda tidak sama sekali boleh mengkhianatinya..

-Jadi,sudah tentulah kita sebagai seorang muslim mesti menjaga amanah tersebut..yang terpenting ialah kita menjaga solat 5 waktu kita secara berjemaah...kerana solat itu tiang agama..

-untuk berjaya dengan cemerlang anda tidak perlu jadi genius.Ia bukan sesuatu yang ajaib.Orang yang capai kejayaan dengan cemerlang adalah orang biasa seperti anda,mereka YAKIN dengan keupayaan mereka serta melakukan yang terbaik.

-Sabda Rasulullah s.a.w.
Allah mencintai sesiapa sahaja di antara kamu yang menjadikan sesuatu dengan mutu yang tinggi dengan terbaik.
(hadis riwayat muslim)

-orang itu cemerlang kerana usahanya yang teratur tetapi ini bukan bermakna yang gagal itu bodoh dan lembap,ia adalah kerana salah teknik dalam belajar.
-haruslah kita kejar masa bukan belajar ikut masa.

-Menurut prof.dr.Hamka dalam bukunya,"falasafah hidup"(1994:71)menyatakan bahawa:

"Ilmu meningkatakan derajat orang alim,sehingga merekalah menjadi bintang didalam masyarakat.Satu ribu (1000)orang bodoh akan mati dalam sehari tidak ada orang yang tahu,tetapi kematian seorang alim mengegarkan dunia,kematian seratus ribu(100000)kuli dihimpit tanah pada lombong arang,akan bertemu didalam akhbar kawat dengan huruf kecil yang tidak penting,tetapi kematian seorang ahli ilmu akan menimbulkan ratapan bertahun-tahun."

-Juga yang paling penting ialah kita kena lah rajin berusaha dan bertawakkal kepada Allah..saya selalu teringat ungkapan ini(ingat lebih kurang je)..

"seorang pelajar biasa,
manusia biasa,
dari keluarga yang biasa,
bersekolah di sekolah biasa,
tetapi usahanya yang luar biasa,
akhirnya dia menggemparkan dunia..."

...hmm..dapat la kita faham bahawa sesiapa pun boleh berjaya..kalau mereka boleh,kita bila lagi??..

wassalam..

Friday, July 17

Hikmah Kembara


Assalamualaikum w.b.t.

Tinta ku kini kembali bertandang ke dalam blog setelah lama menyepi...huh(sibuk sebenarnya)
tarikh 15-17 Jun 09 melakar kenangan yang cukup berhikmah buat diriku dan sahabat-sahabatku..walaupun sudah berusia sebulan lamanya ttp ia membawa erti yang amat besar kepada kami..
Lawatan ke KL(bagi mendalami isu ekonomi dan perbankan)spnjang 3 hari itu mencatat satu informasi yang berguna bagi diriku ini khususnya di dalam memantapkan persediaan sbg bakal graduan shariah..
Di ruangan yang sedikit ini ku ingin membawa sahabat semua ke Islamic Banking and Finance Institute Malaysia(ibfim)-salah satu daripada tempat yang kami lawati(malas nak cerita semua tempat)..kami diberi penerangan oleh En.Roslan Bin Abd Razak,director business advisory..antara mutiara kata&pesanan daripada beliau buat kami:
-kita sepatutnya berbangga kerana bank islam yang pertama yang tertubuh di dunia secara lengkap operasinya adlh di Malaysia pada tahun1963 di bawah Tabung Haji dan Malaysia merupakan negara yang pertama mengamalkan sistem perbankan dual banking..
-our mind is likes parachute,if you do not open it,it is useless.....
-you wrong when you doing thing to be granted..
-Think out of the world not only just out of the box..
-what makes you different from others?..
-yang paling penting ialah boleh berkomunikasi di dalam bahasa inggeris dan bahasa arab dengan baik..kalau good,susah sikit tp kalau excellent(faham2 je la)..
-apa-apa muamalat pun mesti berteraskan 3 usul-aqidah(faith),syariah(practise) dan akhlak(moralities)..
-to be shariah scholar it is not only about riba` and profit sharing(tabarru`,hibah,muqasah)..it is all about the shariah and it`s operation and practical..
-saya tak tgok cgpa 4flat ke 7 flat ke..
-kadang-kadang yang dapat top scorer(4.0) slalunya mereka ni yang duduk sorang2,tempat sunyi...tak guna kalau 4.0 kalau tidak boleh bekerja dalam satu kumpulan..you bekerja di dalam shariah dan perlu kepada banyak perbincangan..tapi bukan la bermakna dpt cgpa rndah shj,cgpa msti la yang acceptable...
-communicate dengan kawan2,broken broken la...slowly slowly..

kami melewati beberapa lagi tempat yang berkait rapat dengan pembangunan ekonomi islam seperti aibim,inceif dan maybank(di dataran maybank)...banyak peristiwa menarik lagi yang berlaku cam kteowg transit kat ktn dlm 6 jam gak r tp tu cerita len kali la ea..
itu shaja lah yang dapat ku kongsikan bersama2 sahabat semua untuk post kali ini..tulisan di atas ini ada beberapa tambahan untuk menyedapkan lagi ayat(ha3..walaupun tak berapa nak sedap)..kesimpulannya..kita(sahabat satu kos) perlu lah belajar mahirkan kita punya soft skill@skill peribadi kita supaya kita dapat menyumbang kepada islam dalam aspek ekonomi khususnya..semoga rentetan tulisan ini dapat memberi motivasi kepada kita semua untuk membuat yang terbaik di dalam segenap kehidupan kita..
*Berbagai lagi tempat menarik yang ku kembara di waktu cuti ini...nantikan di dalam post yang akan datang...k..

wassalam..