Sunday, July 19

Cemerlang

Assalmualaikum w.b.t..

"Aku akan menjadi pelajar terbaik"begitulah luahan setiap mereka yang ingin berjaya..sering kali kita dengar ungkapan ini lebih-lebih lagi selepas natijah peperiksaan diperoleh(begitu juga aku)..
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui bagaimana caranya untuk menjadi yang terbaik..
Berikut adalah antara beberapa cara tersebut:


-pertama sekali anda perlulah ingat bahawa tanggungjawab untuk belajar dan mencari ilmu yang dilakukan adalah merupakan satu amanah yang akan disoal di hadapan Allah.Anda tidak sama sekali boleh mengkhianatinya..

-Jadi,sudah tentulah kita sebagai seorang muslim mesti menjaga amanah tersebut..yang terpenting ialah kita menjaga solat 5 waktu kita secara berjemaah...kerana solat itu tiang agama..

-untuk berjaya dengan cemerlang anda tidak perlu jadi genius.Ia bukan sesuatu yang ajaib.Orang yang capai kejayaan dengan cemerlang adalah orang biasa seperti anda,mereka YAKIN dengan keupayaan mereka serta melakukan yang terbaik.

-Sabda Rasulullah s.a.w.
Allah mencintai sesiapa sahaja di antara kamu yang menjadikan sesuatu dengan mutu yang tinggi dengan terbaik.
(hadis riwayat muslim)

-orang itu cemerlang kerana usahanya yang teratur tetapi ini bukan bermakna yang gagal itu bodoh dan lembap,ia adalah kerana salah teknik dalam belajar.
-haruslah kita kejar masa bukan belajar ikut masa.

-Menurut prof.dr.Hamka dalam bukunya,"falasafah hidup"(1994:71)menyatakan bahawa:

"Ilmu meningkatakan derajat orang alim,sehingga merekalah menjadi bintang didalam masyarakat.Satu ribu (1000)orang bodoh akan mati dalam sehari tidak ada orang yang tahu,tetapi kematian seorang alim mengegarkan dunia,kematian seratus ribu(100000)kuli dihimpit tanah pada lombong arang,akan bertemu didalam akhbar kawat dengan huruf kecil yang tidak penting,tetapi kematian seorang ahli ilmu akan menimbulkan ratapan bertahun-tahun."

-Juga yang paling penting ialah kita kena lah rajin berusaha dan bertawakkal kepada Allah..saya selalu teringat ungkapan ini(ingat lebih kurang je)..

"seorang pelajar biasa,
manusia biasa,
dari keluarga yang biasa,
bersekolah di sekolah biasa,
tetapi usahanya yang luar biasa,
akhirnya dia menggemparkan dunia..."

...hmm..dapat la kita faham bahawa sesiapa pun boleh berjaya..kalau mereka boleh,kita bila lagi??..

wassalam..

No comments:

Post a Comment