Monday, July 23

Syukur

Berpeluh duduk di barisan paling depan.
Panas.
Kekadang aku terhilang fokus.
Ku perhatikan semut di hadapan.
Berkejar-kejaran bersama rakan-rakan mencari rezeki.
Ralik. 
Sekejap berlari-lari ke kanan.
Sekejap berlari-lari ke kiri.

Rajin sungguh dieorang ni bekerja.
Yela, esok kan nak puasa dah.

"Nak cari bekalan tuk anak bini kot",monolog sendiri.
Tq AkhowatJo atas video ni.
#tak kenal pun sape buat video ni.papepun,Allah yujzikal kheir#

Friday, July 20

Bujang 13 : Touchdown!

Dalam Flight

 
Boleh ke MLM?

Bukak kelas bahasa arab boleh?

Boleh ajarkan saya fiqh muamalat ostad?

Boleh ke melabur dalam ASB?

Poligami tu bukan menindas wanita ke?

Satu per satu soalan dituju.


Aku tersentak dari lamunan. Mengerling ke tingkap kecil di tepi. Suasana masih gelap dari pandangan atas awan ini.

Mengaku kalah sebelum rebah. Takutkan kalah sebelum melangkah.

Dahi mula berkerut. Otak pula berdenyut.

"Aku tak tahu", berat rasa kotak hati ini menjawab.

Haih.mengeluh panjang.

Sudah masuk subuh(aku mengagak).

Skrin di depan seat ditekan-tekan untuk melihat arah kiblat.

skrin depan seat

Hmm.da dapat arah kiblat.

Kejut Amir kat sebelah.

Bergilir ambil wuduk dan kami dirikan solat subuh atas flight buat pertama kali.

Berdoa.

Terasa khusyuknya lebih.

Semoga mereka yang ada di Jordan terus thabat(baca:teguh) dalam menempuh medan perjuangan ini. 


***
Touchdown




"Welcome to Kuala Lumpur", suara ramah pramugari dari corong speaker kedengaran.

Disuprise famili masa di epot KLIA.

Mana taknya. Turun-turun, hanya ada famili K.Mar dan Amir lambai-lambai.

Familiku? Tiada. Nak menangis. cover2.

Lepas 15 minit baru muncul.

Nampak muka ummi terus je T.T (tettt..tak mau cerite..scene ini sangat menyayat hati)

Rupa-rupanya dieorang duduk rehat kat tempat lain sebab ingatkan flight turun lambat lagi.

***

Wahh..mataku dibiar berlegar-legar sendiri ke kanan dan ke kiri jalan.

Teruja gila!
 

Sign board bertulisan melayu.

Orang sekeliling berkulit sama denganku. Sawo matang.

Tiada lagi yang bertutur arab.

Setiap kali habis akad jual beli pasti dengar uacapan terima kasih.


"Ramah sungguh masyarakat Malaysia nih, lepas balik luar negara baru rasa"


Kurang 30 minit,aku selamat dibawa rombongan famili ke rumah Pak Long.

Ada kenduri dan sedikit ucapan sepatah dua "imam muda" diadakan.

Selesai bacaan doa oleh adik, santapan nasi ayam disediakan.


Allah..nikmatnya rasa pulang tanahair.

Hilang semua rasa berdebar soalan-soalan atas filght tadi.

***

Keesokannya

Semalaman tidak tidur siapkan resume.

Pagi bangun dengan mata rasa bengkak + jet lag.

Hari ini salah satu moment penting dalam hidup.

Menghantar resume untuk terjun ke alam pekerjaan.

Kebetulan ada karnival kerjaya Graduan di konvensyen KLCC.


So, bersiap-siap berkemeja macam nak ke interview.

Naik motor dan terus ke karnival tersebut.



Banyaklah institusi kewangan dan syarikat-syarikat kerajaan yang lain ada kat situ.

Tanya-tanya dan resume disubmit ke beberapa tempat.


Inshaallah,jika ada rezeki ada la.


Amin.


***


Selepas 3-4 hari di Kuala Lumpur, pulang ke taman halaman(baca:kampung) di Kuantan.yeah!

Tak sempat seminggu duduk Kuantan terus ke Johor. Ada urusan rumah di Johor yang perlu diselesaikan.

Dalam tempoh masa ini macam-macam berlaku.

Dan yang paling best, sudah dapat tawaran untuk berceramah dan berikan kuliah.

Rezeki nak banyakkan pahala. Amin.


Lepas tu, ada la terjadi trip tiba-tiba yang tak disangka-sangka.


Tapi itu, cerita lain.


Cukup saja sampai sini.tata


******

*seriyes berdebo nak ceramah.huh.rasa macam banyak lagi je tak cukup.haih2.

*nasihat sorang bro: "nanti da balik Malaysia tuh, tinggalkanlah zaman kebudaktidakmatangan tu kat Jordan. Mulakan yang baru!"

"ok bro! beres!"

*tak suka tulis panjang-panjang.sebab nanti takde modal nak hapdet ape.hehe

Thursday, July 19

Bujang 12 : Haircut

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini, Mac kedua di sini, Irbid. 

Mata masih tertutup rapat. Tangan kanan segera aku
Jantung organ yang paling unik dalam tubuh manusia tak pernah behenti mengepam darah sejak kita kecil. Tak pernah berhenti. Ajaib sungguh. Subhanallah!


Cepat-cepat aku capai smartphone disisi kepala bantal. Alarmnya  ku tutup.
Sekilas mata tertangkap tulisan note di dalam phone tertulis "hari  ni haircut".Gulp!

***

Mengalami konflik diri.
Panjang atau pendek?

"Nanti kalau kita kat oversea,kita nak simpan rambut panjang-panjang. Bior dua tahun tak potong pun takpe",getusku .Tekad aku.

***

Bila panjang orang suruh potong, bila pendek orang suruh simpan.
Hmm.jelas sangat la aku ni hensem.haha

-status fb sikitsatu(someone)-

***

Jemaah masjid Jamiah hari ini berkurang safnya.

"Kalau hujan mesti penuh",spontan.

Seusai maghrib,ajak rakan-rakan yang ada diajak teman pergi bergunting.
Malu pergi sorang-sorang.

"Jom teman aku pegi haircut"

"takley la,harini nak tunai nazar belanja satu batch `adi bil beidh(sandwich telor)"

Arakian bepergian la aku berseorangan.

***

Debaran dan masa bertawakkal 

Black Hair.Nama kedai yang tak asing lagi di irbid ini.

Sambil dalam hati.Berbolak balik.

"rambut panjang lagi style kot"

"Alaaa,pendek la kemas" 

Lepas tu.....


tetttt#cerita terpotong#sorry#


**ini cerita masa ada kat irbid dulu.tak ingat sebab apa tak dapat habiskan.hurmm.
**yang penting, lepas potong rambut, rambutku sebijik dengan gambar bro kat bawah ni.hehe


gambar sekadar hiasan