Monday, July 23

Syukur

Berpeluh duduk di barisan paling depan.
Panas.
Kekadang aku terhilang fokus.
Ku perhatikan semut di hadapan.
Berkejar-kejaran bersama rakan-rakan mencari rezeki.
Ralik. 
Sekejap berlari-lari ke kanan.
Sekejap berlari-lari ke kiri.

Rajin sungguh dieorang ni bekerja.
Yela, esok kan nak puasa dah.

"Nak cari bekalan tuk anak bini kot",monolog sendiri.
Tq AkhowatJo atas video ni.
#tak kenal pun sape buat video ni.papepun,Allah yujzikal kheir#


"Jadi kita perlu kuatkan,kilatkan,hebatkan iman kita",semangat khatib berkhutbah Ramadan di depan.
Istighfar lalu aku kembali fokus pada khutbah Jumaat.

***
Tazkirah antara terawih oleh seorang ostad.

"Cuba kita ingat balik berapa banyak peristiwa kita hampir ditarik nyawa.."

"..tapi Allah selamatkan kita berkali-kali, sampai kita dapat bertemu lagi dengan Ramadan kali ini"

Berkaca-kaca mata para hadirin mendengar penyampaian dari ostad itu.

Flashback


Malam. Kelam. Seram(hehe).
Kanan kiri penuh pokok kelapa sawit.
Berdua kami di atas motorsikal.
Hanya sebijik kereta proton satria merah berada di hadapan kami.
Sampai di selekoh tajam.
Tanpa amaran, bujang A memulas throtter. Tanda mahu melajukan motor hendak memotong kereta di depan.

Tiba-tiba..
phoon..phonnn..(bunyi hon yang kuatnya boleh mencairkan taik telinga)

Sebuah lori sebesar gajah keluar dari selekoh kiri.
Tika itu, tepat-tepat motor kami berada di tengah jalan bertentangan.
Setentang terus dengan lori itu. 
Arakian, kami berdua  pun bertentang mata dengan lampu tinggi lori di depan.
Kaku. Speechless. 

Dalam peristiwa sedetik itu, Bujang A sempat menggunakan kemahiran rempit beliau untuk mencilok di ruangan kecil antara kereta merah dan lori gajah itu.

Sepanjang perjalanan kami tetibe senyap membisu.


Mari Hargai

Kekadang peristiwa yang berlaku mengajar kita sesuatu.
Mengajar kita lebih menghargai setiap detik yang dilalui.
Cuba kita lihat dengan sudut pandang yang berbeza.
Bagaimana DIA melimpahkan rahmatnya kepada kita.
Bagaimana DIA susun perjalanan hidup kita dengan begitu cantik.

Tak salah kita mengharapkan yang belum ada, tapi jangan lupa dengan apa yang telah ada.

***

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadan tahun ini.

Hadis riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar, yang maknanya:“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak”.

Sama-sama kita gunakan peluang setahun sekali ini dengan perbanyakkan amalan kepadaNYA.
teruskan doa doa dan doa.



No comments:

Post a Comment