Sunday, November 25

Saje tulis-tulis


Bismillahirrahmanirrahim

Perhatian: baca ayat pertama entri ini dengan ikhlas dulu,baru boleh teruskan bacaan.

Pertamanya, Alhamdulillah kerana aku diberi lagi kesempatan untuk menulis di dalam sesawang lelabah ini(spidey web bak kate spiderman).

Keduanya, ini sudah masuk bulan kedua secara offial aku menjadi  orang key-el(baca kl bukan karl-el mcam dlm cerita superman).

Ketiganya, sudah masuk lima bulan aku meninggalkan bumi Urdun.

Keempat, sedang gigih melanjutkan pengajian peringkat master(which is jarang-jarang nawaitu ini ada pada anak2 muda seusiaku)

Kelima, cerita kat bawah ni hanya rekaan semata.tetiba rasa nak tulis.

*****
..bermulalah sebuah kisah

Lalu, termenung dia di luar jendela. Membiarkan pandangan merewang ke jalanan NPE.Fikirannya terus menerbang dan terus melayang.

Rindu menyapa diri lalu dibawa pergi angin.Perlahan. Satu-satu kenangan  ditebar ke atas jalan.

Nafas dihela panjang.Berat untuk dia melepaskan masalah yang terbuku di jiwanya.

Otaknya jadi sakit memikirkan masa depannya yang tak pasti.

“haih.assignment belambak tak siap lagi..duit pulak takde nak bayar sewa!”, dia mendengus sendirian mengenagkan nasib.

Hasyim yang merupakan pelajar lepasan timur tengah sedang melanjutkan pelajaran beliau di sebuah IPTA ternama tempatan.

“woit, cepatlah makan ni,  Aku masak megi special ni ha,ko ni duk termenung je tak habis-habis!”,tersentak Hasyim dari lamunan mendengar paggilan Daniel, rakan serumahnya.

“Yela yela,megi je campur telur je  kan?”, sahut Hasyim.

“bro, bersyukur aku masak bro,tak sanggup aku tengok kawan aku kelaparan”

“yela,besyukur, overreact plak ko ni.ish”

Tiba-tiba kelibat Fazlina menerpa dalam fikirannya.Biasanya dia meminta nasihat dari Fazlina untuk merungkai masalah yang dihadapinya.

Tersenyum Hasyim bila teringat gadis comel serta petah berkata ini. Sudah tujuh bulan tidak dia bersemuka dengan Fazlina.

Fazlina yang merupakan seorang rakan karibnya semasa di menara gading.


...bersambung.
*****

*Tak tau la nak sambung ag ke tak cerita ni.haha
*Ok.Assignment aku banyak ag tak siap.Esok nak kena submit.
*Doakan aku habis master cepat ye.Daa

No comments:

Post a Comment