Friday, November 30

Bujang 14 : Emosi



Senja makin memekat tanda siang bakal berganti dengan malam.

Suasana senyap dan sejuk di dalam ini.

Hangat sedikit badan terasa bila ku sarung jaket korporat hitam yang selalu ku pakai. 

Jumpa port(jarang dapat port terbaik waktu cenggini).

Kerusi roda ku sorong ke depan.

Didekatkan dengan meja plywood coklat cerah.

Zip beg ku buka. Meraba-raba mencari komputer riba sambil tergesa-gesa kotak idea keluar mencurah-curah.

Tersenyum lebar aku hari ni. Sempat juga ditangkap idea itu dari hilang ke awangan sana.

On komputer. Terus kekunci keyboard laju ditekan.

"kalau macam ni, dua hari boleh siap semua ni.yes!", senyumku hampir mencecah telinga.

Alhamdulillah.

****

Allahuakbar..Allahuakbar.. 

waktu solat maghrib masuk. Berwuduk dalam kondisi aircong sejuk mencengkam tulang.

Berdoa, doa dan berdoa.

Sangat bersyukur di hari jumaat yang penuh barakah ini dikurniakan pemikiran dan hati yang senang.

Ini juga salah satu bentuk rezeki. Which is priceless! Tiada apa-apa boleh memberi kebahagiaan melainkan dariNya semata.

Seusai berdoa, aku keluar ke meja stadi. Meneruskan pembacaan dengan lebih santai.

Earphone dicorong. Lagu zikir terapi Hafiz Hamidun diputar.

Allah. Indahnya perasaan tenang ini.

Sekejap-sekejap, ku balas dan menulis beberapa message di laman fb. Menyebarkan rasa gembira pada mereka yang online.

Sedang sibuk membaca,

*pop pop

bunyi message dari laman fb masuk. Senyum lebarku tadi berubah terus jadi masam mencuka.

Disangka tenang terus menyelubungi jiwa untuk beberapa waktu. Tetapi cuma seketika saja.

Tak sangka. Ayat gembira saya di laman fb tadi telah mengguris beberapa jiwa yang sedang luka.

Mungkin salah masa aku bertegur sapa dengannya.

Pembacaan diterus melaju. Memikirkan assignment yang menuntut keringat dayaku.

****

Allahuakbar...Allahuakbar..

Telah masuk waktu isyak. Ku tunai ia sepenuh rasa. Tubuh longlai dibuai rasa.

Rasa bersalah selubung jiwa.

huhu..

Doa, doa dan terus berdoa.

Agar dikembalikan rasa tenang dan bahagia.

Sementara cuma.

Tapi..apakan daya..

Sebagai insan, aku bersyukur dengan ujian emosi yang diberiNya. Moga dicekalkan hatiku.

What is important now, i`ve to finish my work.

****

*Allah senang je nak bolak balikkan hati kita. Dan sebab itu kita kena sokmo berdoa macam bawah ni, Al-Imran ayat 8..

A008

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.


*My parent nak sampai kl da because abang saya akad nikah esok.Hopefully can revive my emosi back. :(

*Ok, abam pustakawan da bebunyi. Sambung kerja kat rumah.

Monday, November 26

Zaman Kesarjanaanku

Bismillahirrahmanirrahim

*Non-akademik artikel.Tak sesuai untuk golongan akademik*

Setelah beberapa menjak ini, semakin kurang berkarya.kerana komitmen aku terpaksa dialihkan ke penulisan artikel-artikel untuk semester ini.

Pengenalan

Aku merupakan graduan universti Yarmouk dan sekarang sedang menyambung S2(master) di institusi paling ternama di Malaysia, University Malaya.(ok,ini ayat angkat bakul).

Jadi sebenarnya sudah hampir dua bulan aku memulakan sesi pembelajaran di sini.
Ternyata dari segi budaya ilmu di sini sangat bagus. 

Banyak fasiliti yang tidak pernah terbayangkan pabila aku berada di joden dulu(bunyi macam da lama tinggalkan bumi tercinta itu).Cuma musim sonata musim salju n musim bunga bunga cinta tiada di sini.

Hari-hari saya dan rakan seboncing(bukan boncit) saya,sahdan, berduaan merempit satu moto ke um. Merempit ulang alik kampus sepanjang 14km saban hari. 

Kami makan pagi.makan petang dan makan malam dengan satu hidangan.satu kali sehari.hidup bujang dan tidak beruang(baca:berwang).sangat kesian.sila message kami untuk sebarang bantuan.sob3

memasak untuk elak dari makan di luar
ini la rezeki kami

Kami dikerjakan,maksudnya, kami kerja di sebuah syarikat persendirian untuk menyambung hidup kami di kl ini.
Paginya kerja,dan petangnya kami ke kelas.
Bukan senang kerja sambil belajar. Kate brader tepi jalan, lu nak senang, lu p kerja lepas tu lu p belajar. Ok, baru tahu,brader tu ulang benda yang aku cakap, brader tu gila rupanya.

Hmm.
Soalan.
Kenapa tak kerja terus?
Jawapan selamat: sebab saya nak sangat belaja!serius!
Jawapan makan dalam: sebab kerja kosong banyak sgt.
Jawapan beriman:rezki kite rahsia Allah.
Jawapan mempedaah:buat ape nak ikut org pegi kerja.be urself!


Hidup di luar kampus

Kelebihan dalam sifat rajin dalam diri kami tidak disia-siakan.
Assignment belambak.
So, kami kerahkan kerajinan itu untuk menyiapkan assignment kami.

Maka kami keluar awal pagi balik lewat malam.
Stay up kat library. 
Macam da kat dalam cite Love story in Harvard pulak aku rasa kekadang.

Kekadang kami (aku n sahdan ) bergaduh comei nak balik awal atau lewat malam.Biasa la hidup berumah tangga. Ada la naik turun tangganya.(osmet je okeh.dok sah duk pikir bukan-bukan).

Selalunya port terbaik dikebas orang.haih.
Yang bestnya di library ni,kita boleh akses ke laman web yang mahal-mahal,which is tak mampu aku golongan marhaen klu nak subscribe.
Also, bahan rujukan dia sangat banyak. Malas ngan tak malas jek pegi cari.
Dan yang paling best, intenet dia kelajuan maksimum.

menduga iman jugak la nak menulis assignment di samping intenet laju ni.haih.

sedang membuat kertas kerja ilmiah..bgus kan?

selitkan sikit gamba pesta tanglung kat Um.santek!

Rumah Sewa

Oh ya,lupa hendak diceritakan.saya dan sahdan duduk di area PJ.
Tak mampu menginap di kolej kediaman.
Biasiswa pun tak dapat.
Nway, aku percaya ada something yang Allah nak bagi lepas ni.Inshaallah.
Rumah sewa setakat ni sangat memuaskan hati.
Dapat pula osmet yang sangat pembersih.
Menambahkan kegembiraanku, masjid berhawa dingin yang sarat program ilmiah sejengkal je dengan rumah ^^

jatuh cinta plak ngan selangor ni ha..rasa macam nak duk sini..mungkinkah jodohku dari negeri pesat dengan kuliah2 ilmu ini..nantikan..ehem3..
ni bilik dulu, sekarang da sewa kat bilik yang lagi besor

ceramah dlam suasana yang kondusif
ceramah Tuan Guru Haron Din di Masjid Salahuddin,Shah Alam

cukup la celoteh ringan petang ini.
Wallahu`alam


***

*banyak lagi nak tulis, tapi segan.ntoh la.
*doakanku dapat menghabiskan master seawal yang boleh ya.
*esok pergi ke Sasana Kijang BNM tuk seminar colloquium ISRA.


Hazim Amsyar
Um
Asar, tunggu hujan renyai. 

Sunday, November 25

Saje tulis-tulis


Bismillahirrahmanirrahim

Perhatian: baca ayat pertama entri ini dengan ikhlas dulu,baru boleh teruskan bacaan.

Pertamanya, Alhamdulillah kerana aku diberi lagi kesempatan untuk menulis di dalam sesawang lelabah ini(spidey web bak kate spiderman).

Keduanya, ini sudah masuk bulan kedua secara offial aku menjadi  orang key-el(baca kl bukan karl-el mcam dlm cerita superman).

Ketiganya, sudah masuk lima bulan aku meninggalkan bumi Urdun.

Keempat, sedang gigih melanjutkan pengajian peringkat master(which is jarang-jarang nawaitu ini ada pada anak2 muda seusiaku)

Kelima, cerita kat bawah ni hanya rekaan semata.tetiba rasa nak tulis.

*****
..bermulalah sebuah kisah

Lalu, termenung dia di luar jendela. Membiarkan pandangan merewang ke jalanan NPE.Fikirannya terus menerbang dan terus melayang.

Rindu menyapa diri lalu dibawa pergi angin.Perlahan. Satu-satu kenangan  ditebar ke atas jalan.

Nafas dihela panjang.Berat untuk dia melepaskan masalah yang terbuku di jiwanya.

Otaknya jadi sakit memikirkan masa depannya yang tak pasti.

“haih.assignment belambak tak siap lagi..duit pulak takde nak bayar sewa!”, dia mendengus sendirian mengenagkan nasib.

Hasyim yang merupakan pelajar lepasan timur tengah sedang melanjutkan pelajaran beliau di sebuah IPTA ternama tempatan.

“woit, cepatlah makan ni,  Aku masak megi special ni ha,ko ni duk termenung je tak habis-habis!”,tersentak Hasyim dari lamunan mendengar paggilan Daniel, rakan serumahnya.

“Yela yela,megi je campur telur je  kan?”, sahut Hasyim.

“bro, bersyukur aku masak bro,tak sanggup aku tengok kawan aku kelaparan”

“yela,besyukur, overreact plak ko ni.ish”

Tiba-tiba kelibat Fazlina menerpa dalam fikirannya.Biasanya dia meminta nasihat dari Fazlina untuk merungkai masalah yang dihadapinya.

Tersenyum Hasyim bila teringat gadis comel serta petah berkata ini. Sudah tujuh bulan tidak dia bersemuka dengan Fazlina.

Fazlina yang merupakan seorang rakan karibnya semasa di menara gading.


...bersambung.
*****

*Tak tau la nak sambung ag ke tak cerita ni.haha
*Ok.Assignment aku banyak ag tak siap.Esok nak kena submit.
*Doakan aku habis master cepat ye.Daa