ni gambar Amman,bukan Irbid
Bismillahirrahmanirahim
Di tengah-tengah ribut isu semasa yang melanda. Di tengah bandaraya kota Irbid yang terkemuka. Sedang manusia kesemunya melelapkan mata. Aku duduk menghadap computer riba.
Ku buka sesawang blogger. Ku isi kata laluan dan terus klik log in.
Hah?Ku buat tanda-tanda semacam terkejut. Notifikasi yang menandakan sudah hampir 8 bulan blogku ini sepi dari post yang baru.(padahal dah tahu..malas update.hehe)
Mula Menulis.
Alhamdulillah. Lega rasanya dapat sedikit sebanyak meluangkan masa untuk menulis. Terasa ada kepuasan dalam menulis. Tidaklah aku katakan aku suka menulis, tapi rasa lega selepas menulis. Entahlah.(mungkin ini ayat cover untuk mencari roh kuasa menulis dalam diri)
Mungkin aku adalah pilihan nombor yang keseratus juta jika diberikan nombor dalam penulisan.
Ya, Memang aku tidak nafikan.aku tiada berbakat dalam menulis tulisan-tulisan yang mampu memberi seribu satu impak kenangan manis buat pembaca. Tapi aku nak juga menulis. Sebab apa?
Terkenang hadis nabi
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
Sesungguhnya Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sampaikan dariku walaupun satu ayat. (HR Bukhari)
Mungkin dalam satu dua ayat yang aku tulis ada yang terpaut di hati pembaca. Sekalipun blog ini sepi dari pengunjung, aku percaya ada juga yang mengunjung.hehe
Hujan batu negeri sendiri lagi best!
Ku hitung hari di kalender. Sudah hampir setahun aku berada di perantauan ini. Puas sudah ku menetap di kota Irbid, Jordan ini, namun, tak jua kutemu dengan hujan emas.
Teringat masa kecil, peribahasa ini selalu menjadi tanda tanya.Kenapa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri?
Kat Negara orang,kalau turun hujan je, mesti jadi kaya. Boleh beli rumah besar, kereta lawa, makan besar atau senang kata, negara orang la yang terbaik.
Oleh kerana otakku masa tu berfikiran sekecik gula-gula sugus. Hanya apa yang ada dalam gula-gula sugus tu sahajalah ak fikirkan.hehe
Lagi seminggu akan tiba bulan Ramadhan yang mulia. Bulan yang ada malam lailatul qadar di dalamnya. Malam seribu bulan. Moh pakat-pakat kita meriahkan bulan ini dengan melipat gandakan ibadah kita.
Dari Salim, dari bapanya ra, katanya seorang laki-laki bermimpi bahwa malam qadar terdapat pada malam ke dua puluh tujuh bulan Ramadhan. Maka bersabda Nabi saw, "Aku bermimpi seperti mimpimu, yaitu pada sepuluh malam yang akhir. Karena itu carilah dia pada malam-malam yang ganjil." (Shahih Muslim)
Tetapi fokus aku kali ini terarah kepada selepas bulan ramadhan tersebut. Iaitulah hari raya aidilfitri.hah. Mana tidaknya, rakan-rakan yang menuntut di sini(baca:irbid,jordan)hampir separuh menempah tiket kapal terbang untuk beraya di tanah air.
Menjelang hari raya,berakhirnya puasa..oooo..
Lagi kusut bila mereka duk ulang-ulang pasang lagu raya ni. Masa inilah bayangan lemang, ketupat, rendang, dodol, duit raya, baju raya, songkok raya, bunga api dan bermacam lagi la datang menerpa.huh
pergh!!pilu hati woo tengok gambar...hu2
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman..
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman..
Lagu diputar lagi, kepoweran aura nak balikku semakin meningkat drastik. Banyak yang cuba menghasut supaya beli tiket balik beraya. Kadang-kadang suara menghasut tu dating dalam mimpi.Dahsyat tu!.
Belilah..belilah…belilah..belilah..belilahhhh..
Bestnya kalau balik beraya kat Malaysia. Mungkin inilah maksud lebih baik hujan batu di negeri sendiri!.
oo..oo..balik kampong,,oo..oo..balik kampong, hati girang..(tak dapat balik)..hu2
Cuti musim panas
Beruntung rasanya menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat melanjutkan pengajian ke luar negara. Sudahlah luar negara. Jordan pula tu. Negara berempat musim tu.
Sekarang ini, cuaca sudah membahang panasnya menandakan musim panas telah tiba. Kadang-kadang sampai berderau-derau darah naik ke kepala rasanya. Air sebotol diminum pun masih belum hilangkan dahaga.
Panas.
Tapi tak mengapa,pengalaman pertama. Teringatkan masa musim sejuk. Main snowball,buat ABC guna salji.huh. Bestnya sejuk. Tak keluar rumah. Duduk bergulung dalam hirom(selimut tebal)sampai tertidur. Pastu, terponteng kuliah.he3
*itulah manusia,tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.
snowman yang akhirnya menjadi ABC..nyum2..
Inshaallah kalau diizinkanNya, cuti musim panas ni(baca:bulan ramadhan)aku akan menjadi tetamuNya di tanah suci haram buat kali kedua. Ditambah pula keseronokan, aku akan pergi menziarahi Mekah pada 10 hari yang terakhir. Best. Tapi yang tak bestnya, tak dapat beraya dengan keluarga. Adat belajar Negara orang la kan(ayat mulut tipu hati..hu2).
Sudah tiada idea nak tulis da, jadi ku akhiri post ini dengan sedikit renungan.
Fikir, tenung, timbang dan muhasabah lah diri.
Renungan
Al-Quran:
Firman Allah Ta`la
سُوۡرَةُ النّحل
وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٨)
Dan jika Kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya Kamu tak dapat menentukkan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (QS.Annahl [16];18).
Hadis:
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan tidak meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta (ertinya berdusta dengan anggota), maka Allah SWT tidak akan memberikan apa-apa ganjaran ke atas keletihannya meninggalkan makan dan minum (maksudnya berpuasa)".
(Hadith Riwayat Bukhari)
*buat semua kengkawan.jangan la duk pasang lagu raya je.banyak lagi lagu lain.sedih wo.
*buat ummi & abah semoga cepat kebah demam.amin ya rabb.
*doakan urusan umrah berjalan lancar
*esok exam riadhoh fi hayatina..doakan kejayaan.
Hazim Amsyar,
05:38 AM
Kepanasan,
Bayt Ehna,Bangunan Sa`adon,
Irbid, Jordan