Sejujurnya, selepas subuh biasanya aku akan ke bilik sebentar nak rehat-rehat.
Yelah, terkadang itu aku tertidur kurang di waktu malam. Confirm mengantuk di waktu subuh wooo.
Tapi ada satu amalan nabi pesan dalam sabdanya sangat dituntut untuk kita duduk beriktikaf sebentar di masjid selepas waktu subuh dan dirikan solat dua rakaat. Solat dua rakaat ini dinamakan solat sunat Isyraq.
Jom kita perhatikan kupasan hadis di bawah ini.
Shalat Isyroq
Shalat isyroq termasuk bahagian dari shalat Dhuha yang dikerjakan di awal waktu. Waktunya dimulai dari matahari setinggi tombak (15 minit setelah matahari terbit) setelah sebelumnya berdiam diri di masjid selepas shalat Subuh berjama’ah. Dari Abu Umamah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ صَلَّى صَلاةَ الصُّبْحِ فِي مَسْجِدِ جَمَاعَةٍ يَثْبُتُ فِيهِ حَتَّى يُصَلِّيَ سُبْحَةَ الضُّحَى، كَانَ كَأَجْرِ حَاجٍّ، أَوْ مُعْتَمِرٍ تَامًّا حَجَّتُهُ وَعُمْرَتُهُ
“Barangsiapa yang mengerjakan shalat shubuh dengan berjama’ah di masjid, lalu dia tetap berdiam di masjid sampai melaksanakan shalat sunnah Dhuha, maka ia seperti mendapat pahala orang yang berhaji atau berumroh secara sempurna.”
(HR. Thobroni. Syaikh Al Albani dalam Shahih Targhib 469 mengatakan bahwa hadits ini shahih ligoirihi/ shahih dilihat dari jalur lainnya)
Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
« مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ ». قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ »
“Barangsiapa yang melaksanakan shalat shubuh secara berjama’ah lalu ia duduk sambil berdzikir pada Allah hingga matahari terbit, kemudian ia melaksanakan shalat dua raka’at, maka ia seperti memperoleh pahala haji dan umroh.” Beliau pun bersabda, “Pahala yang sempurna, sempurna dan sempurna.”
(HR. Tirmidzi no. 586. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Sumber : Rumaysho.com
************
Kalau diikut di sini, boleh dianggarkan masanya adalah lebih kurang 15 minit selepas waktu Syuruk.
Dalam jam 7.30 pagi (waktu Malaysia).
Jelas kan kupasan hadis di atas? Sama-samalah kita cuba solat berjemaah subuh di surau ataupun masjid dan stay sambil zikir sekejap sampai 7.30 pagi then solat dua rakaat.
Kita cuba buat hujung minggu dulu lah.
Yelah, kekadang kita ini ada yang bekerja dan tak sempat nak kejar untuk punch card.
Lama-lama nanti akan terbiasa buat hari-hari pula.
Dapat pahala seperti kerjakan umrah dan haji tuu. Subhanallah!
*Konpem esok aku ke laut sebab dah pukul berapa ni!
*Moga kita semua diberikan kekuatan dan istiqamah dalam beribadah.
Surau Pajar dari sisi depan |
Hujan turun sekejap,
Sabtu,
02:11 pagi,
Surau Pajar,
Petaling Jaya
No comments:
Post a Comment