Tuesday, January 12

Bujang 17 : Tersilap pilih lorong

Lepas traffic light

Pecut!
Gear pecutan ditekan
Meter naik cepat
dari 0km/h ke 50km/h kurang 6 saat!
Lagak Rossi di trek lumba

Sambil anak mata tertumpu ke side mirror kanan
Aku mencilok ke kanan dengan konpiden tanpa was was
Tanpa sedar teksi di depan
Brek kurang makan ditekan habisan
Tak sempat..

Arghhh!
srrrttttt...Gedegang...srttttt..(*sound efek).

Terloncat ke belakang bumper teksi.
Lalu terperosok ke bawah kereta.

"Aduh..", pemandu moto iaitulah aku mengaduh sakit sambil memegang lutut kiri.

Trafik menjadi lembap.
Melihat kelibat pemandu dan pemboncengnya terbaring atas jalan raya.

Teksi tadi mengisyaratkan signal kiri lalu memberhentikan teksi ke bahu kiri jalan.
Dua manusia tadi bangun lalu heret moto ke tepi jalan.

Seorang pakcik berumur keemasan keluar dari pintu pemandu
Menuju ke belakang.
Mendapatkan kami.

"Baru je saya cat teksi ni.haih.Sape nak baya ni?"

"Errrr...tadi tak perasan..hmm..pastu..hmm..",takut sambil mulut tak henti-henti mencipta alasan.

"yela yela..takpela..awak berdua ok tak ni?k la..tak payah pape..",spontan pakcik tadi berlalu pergi.

Oh mulianya hati kau pakcik.

*****

Cerita tiga tahun lepas. Ini cerita first eksiden dengan Adan Ho. Masa tu dalam perjalanan ke Library Universiti Malaya untuk siapkan kerja kursus kelas master selepas buat kerja-kerja catering.

Alhamdulillah cuma luka sikit-sikit sahaja. Risau kena ganti rugi kereta pakcik teksi tu. Yelah, kais pagi makan pagi je time tu.


macam ni lah rupa motornya time tu

Imbau memori,
Burung berkicauan,
07.16 pagi,
Surau Pajar,
Petaling Jaya.

Tips Mencuci Kopiah

Bismillahirrahmanirrahim,

Kitaran alam hari-hari. Malam yang ditemani bulan berganti pagi bertemankan matahari.

Mentari pagi menginjak untuk menampakkan dirinya. Ada sunnah nabi yang kita sama-sama perlu contohi.

Solat Dhuha di awal pagi menyamai pahala orang yang berbuat haji dan umrah Sempurna, sempurna dan sempurna kata nabi.
*boleh rujuk post sebelum ini.

Terkadang perkara yang tak biasa jika kita biasa-biasakan, kesannya kita akan terbiasa.
Aku sekarang dah terbiasa kalau nak ke mana-mana mesti sarung kopiah. Entah, seakan bila kita berkopiah ini, terjaga sikit pandangan dan juga hati kita.
Boleh cuba kalau tak percaya.

Tiada langsung nawaitu pakai kopiah sebab nak dipanggil alim atau lagak seperti seorang ustaz.
Hanyalah kebiasaan orang-orang soleh waktu dulu selalu memakai kopiah. Nabi juga ada mengenakan kopiah di beberapa tempat di dalam hadis.

Cuba tengok video Dr Maza di link ini untuk rujukan:
Penjelasan Dr Maza tentang kopiah

Mudah-mudahan termasuklah aku dalam kalangan orang soleh bila ikut berkopiah.
Tergerak aku nak kongsikan ilmu membasuh kopiah.

SITUASI SATU


Satu hari tu, aku semangat nak basuh kopiah.Terus rendam dalam baldi dengan campuran sebotol cecair clorox dan air. Hasilnya:
Puas disental kesan kuning tu, tak hilang-hilang
Kedua-dua kopiah aku jadi kekuningan

Akibatnya kedua dua kopiah aku menjadi kuning. Puas disental dan tak berjaya.
Menangis kejap aku di tepian bagai melukut di tepi gantang (T.T)

SITUASI DUA

Kopiah aku melayang dari dalam raga motor. Lantas kopiah tu terbang ke tengah highway yang maha laju keretanya. Dilenyek-lenyek oleh kereta lalu lalang. Hasilnya:
Kopiah yang telah dilenyek tayar kereta

Akibatnya kopiah jadi hitam, disental dengan sabun terkuat pun tak jalan.
Terpaksa guna teknik membasuh power ini.

CARA BASUH KOPIAH POWER

Bahan-bahan:
Sediakan sebiji lemon
Satu skop sabun basuh
Air panas

Campurkan semua bahan dalam satu bekas then rendamkan kopiah yang kotor tadi ke dalam baldi.

Ini air perahan lemon+sabun basuh baju
Lepas tu letak kopiah dan jirus air panas


Celup dalam dua minit macam tu, then keluarkan. inshaallah akan lihat kopiah anda kembali putih berseri!
Ini hasilnya!
Putih berseri kan?
Moga jadi panduan yang baik buat pemakai kopiah dan semua pembaca.

Alhamdulillah tatimmus solihat

Pagi yang barakah,
07.03 pagi,
Bilik Surau Pajar.

Saturday, January 9

Bujang 16 : Tahan mengantuk lepas subuh memang mencabar!

Sejujurnya, selepas subuh biasanya aku akan ke bilik sebentar nak rehat-rehat. 
Yelah, terkadang itu aku tertidur kurang di waktu malam. Confirm mengantuk di waktu subuh wooo.
Tapi ada satu amalan nabi pesan dalam sabdanya sangat dituntut untuk kita duduk beriktikaf sebentar di masjid selepas waktu subuh dan dirikan solat dua rakaat. Solat dua rakaat ini dinamakan solat sunat Isyraq. 
Jom kita perhatikan kupasan hadis di bawah ini.
Shalat Isyroq
Shalat isyroq termasuk bahagian dari shalat Dhuha yang dikerjakan di awal waktu. Waktunya dimulai dari matahari setinggi tombak (15 minit setelah matahari terbit) setelah sebelumnya berdiam diri di masjid selepas shalat Subuh berjama’ah. Dari Abu Umamah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَلَّى صَلاةَ الصُّبْحِ فِي مَسْجِدِ جَمَاعَةٍ يَثْبُتُ فِيهِ حَتَّى يُصَلِّيَ سُبْحَةَ الضُّحَى، كَانَ كَأَجْرِ حَاجٍّ، أَوْ مُعْتَمِرٍ تَامًّا حَجَّتُهُ وَعُمْرَتُهُ

Barangsiapa yang mengerjakan shalat shubuh dengan berjama’ah di masjid, lalu dia tetap berdiam di masjid sampai melaksanakan shalat sunnah Dhuha, maka ia seperti mendapat pahala orang yang berhaji atau berumroh secara sempurna.” 
(HR. Thobroni. Syaikh Al Albani dalam Shahih Targhib 469 mengatakan bahwa hadits ini shahih ligoirihi/ shahih dilihat dari jalur lainnya)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
« مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ ». قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ »
Barangsiapa yang melaksanakan shalat shubuh secara berjama’ah lalu ia duduk sambil berdzikir pada Allah hingga matahari terbit, kemudian ia melaksanakan shalat dua raka’at, maka ia seperti memperoleh pahala haji dan umroh.” Beliau pun bersabda, “Pahala yang sempurna, sempurna dan sempurna.” 
(HR. Tirmidzi no. 586. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Sumber : Rumaysho.com

************
Kalau diikut di sini, boleh dianggarkan masanya adalah lebih kurang 15 minit selepas waktu Syuruk. 
Dalam jam 7.30 pagi (waktu Malaysia).
Jelas kan kupasan hadis di atas? Sama-samalah kita cuba solat berjemaah subuh di surau ataupun masjid dan stay sambil zikir sekejap sampai 7.30 pagi then solat dua rakaat. 
Kita cuba buat hujung minggu dulu lah. 
Yelah, kekadang kita ini ada yang bekerja dan tak sempat nak kejar untuk punch card. 
Lama-lama nanti akan terbiasa buat hari-hari pula.
Dapat pahala seperti kerjakan umrah dan haji tuu. Subhanallah!

*Konpem esok aku ke laut sebab dah pukul berapa ni! 
*Moga kita semua diberikan kekuatan dan istiqamah dalam beribadah.

Surau Pajar dari sisi depan

Hujan turun sekejap,
Sabtu,
02:11 pagi, 
Surau Pajar,
Petaling Jaya