Saturday, December 31

Gembira dalam bulat

Bismillahirrahmanirrahim

Perhatian: Post ini tak best.


Inspirasi tajuk post kali ini..video ini sgt osem!

Bumi masih lagi berputar pada paksinya,
Siang bertukar malam,
Nun di langit, kelihatan bintang menghiasi malam yang kelam,
Bulan pula seperti malu-malu menyorok di sebalik awan,
Awan pula kelihatan mendung,(of course,waktu malam, memang mendung la pun..hehe),

Di sebalik itu semua.

Saya menulis.

Gembira dalam bulat

Wah, bahagianya hari ini.
Bermula dengan bangun di awal pagi(around 5 a.m). Bersolat subuh di awal waktu.
Lepas solat, baca ma`thurat, tidur balik.
Kemudian, bangkit semula seawal jam 9a.m.. hehe
Ada tugas istimewa hari ini.
Iaitu memasak. Ya,hobi terbaru saya.
Memasak untuk bulatan gumbira saya.
Telor goreng mata kobau.

Perbezaan
Telor mata kobau : ada mata kobau
Telor biase : takde mata kobau

Juga, saya buat triffle tuk depa ni supaya rasa ketulusan dan kasih sayang saya mengalir melalui trifle tu dalam jiwa depa tu.hehe

Seronok bila semua ahli bulatan tu semua turun padang walaupun ada yang final start esok. Terasa sangat-sangat sweet.(mood:mengada2)

Biarpun lauk yang disajikan tak seberapa dan tak banyak, tapi tetap rasa best.
Yang sikit bila kongsi sama rasa bahagia.

"Eh,kau makanlah,aku da kenyang", walhal dia lapo yang amat.
"takpe, aku da kenyang..burp.", kata si dia yang kedua menolak pelawaan sambil buat bunyi kenyang.

hehe.macam2.

Usai makan-makan, buat perkongsian sikit.
Fizikal dan mental. Dua-dua dapat sekaligus. Baru la hebat . Best kan?hehe
3 minit jek da abes..hehe


Bahagia kuasa dua

Telefon famili di Malaysia waktu petang(time tempatan).
Dulu, kalau cakap dengan famili mesti segan-segan.
Sekarang, sebab tak nampak depan mata, boleh cakap tanpa segan.
Maksudnya perbualan sudah semakin ke arah yang matang.
Bukan setakat sudah makan ke belum?, tapi sampai tahap sudah ada yang nak ke belum?hehe.
Terasa amat matang bila bercakap soal tu dengan ummi.hehe


Renungan:

"Di perantauan ini,tiadalah famili kita melainkan rakan-rakan kita, susah senang kita bersama", ujar seorang pujangga yang segak saksama.

Saya seorang yang segak saksama. Qiaskan dari quote di atas. Sekian

*main point cerita ni masa perbualan ngan ummi tu.saje melencong ke lain.hehe
*Moga istiqomah menulis walau tak best.haha. Biarlah, ini belog saya yang punya.hehe

Wassalam

Sejuk kot..
Irbid


Wednesday, December 28

Air tangan jejaka perindu

Bismillahirrahmanirrahim

Hati-hati : Jangan baca jika tidak suka memasak :P


Hari ini mencatat sejarahnya tersendiri.
Saya selaku lelaki bujang kelana perantauan mencari minat yang baru.
Iaitu main masak-masak.
Ya, tuan-tuan puan puan. Masak-masak.

Jika selama tiga tahun ini saya duduk bersama rakan-rakan serumah hanya sebagai co-chef,
tetapi sejarah hari ini membuktikan sayalah master chef sebenarnya.hehe
     

*orang kata lelaki yang pandai memasak itu macho.heeee

.......................

Imbas Kenangan

Lelaki B : hmm..aku tak nampak potensi kau untuk ultra super dalam bidang masakan ni..
Lelaki kesian : takpe,aku cuba masak ea jap ag..*genggam senduk sambil buat muke super saiya

Lepas 5 minit..

Lelaki B : kau nak buat ape ni?
Lelaki kesian : kari la..sambil buat tanda aman(baca:peace)
Lelaki B : oo..betul la tu, memang letak serbuk kunyit pun kalau nak buat kari..haha
Lelaki kesian : salah ke? (T.T)

Begitulah serba sikit gelagat anak watan Tanah Melayu. Kesian beliau.

Cukup.

Tiada lagi peristiwa berikut berulang berikutan lauk malam ini teramat la super ultra power.
Inilah masakan keunggulan yang pernah saya buat.
Saya persembahkan...

Winter d triffle el effiel tower.

Bahan-bahan yang diperlukan :

+Semangkuk hati yang ikhlas membaca basmalah
+1 tin susu pekat
+1 sudu besar gula
+4 sudu besar tepung kastad
+1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
+½ biji kek gulung sederhana saiznya
+1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
+1 peket agar-agar jeli kristal Nona
+1 mangkuk air panas
+1 paket gula-gula sugus(untuk kunyah2..hehe)

Cara-cara :

1) Tadah tangan baca bismillah. Dalam keadaan berwuduk lebih afdhal.
Hmm.mula mula panaskan dalam kuali susu pekat(plus air sikit) dengan gula.

Kecilkan api bile susu tu da kembang atau nama lain mendidih
Pastu, layan cite naruto jap.

2) Lepas tengok cite naruto, bancuhlah tepung kastad
dengan semangkuk air sejuk(ikut korang nak sejuk yang macam mana,risiko sendiri).

3) Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu pekat yang
sedang mendidih.
Ingat: Masak hingga betul-betul pekat dan kastad pun
pekat melekat. Tutup api sambil ucap Alhamdulillah.


4) Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung
sehingga habis.
Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.

5) Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
Curi-curi rasa la sikit buah-buahan tu bila membe takde depan mate.hehe


6) Tuangkan bancuhan kastad ke atas susunan buah-buahan tadi.


7) Untuk geli,eh,jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas.
Kacau hingga yakin diri dan sebati.

8) Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastad dan sejukkan.

9) Kenangkan sesaat orang miskin yang tak dapat makanan sesedap ini. Then, kejut membe untuk rasa sama-sama. Jangan kedekut.


anggaran masa siap:( 5-10 minit ) *mengikut skill masing-masing

Sebelum makan, sebut pewwit sesama rakan serumah anda. 
kemudian, Insaf.
Kemudian bacalah basmalah dan makan.

inilah hasil air tangan jejaka perindu.haha.


*thanx pada akhowat(anonymus) yang share resepi ni.pewwit.
*Amatlah jarang saya masak2 ni.
*sebenarnya tak jadi balance sangat triffle ni.hmm.yang penting sodap!hehe

Ketuk-ketuk kuali,
Atas Syurga,
Irbid

Tuesday, December 27

Bila salji nak turun?

Bimillahirrahmanirrahim

Khusyuk mata memerhati..
Kegiatan construction berhadapan rumah sedang giat diusahakan,
Kanak-kanak arab keriangan keluar Syurga(baca:kedai Paradise) selepas membeli gula-gula,
Pekerja khon zaid sibuk dengan syawarma mereka,
Kereta-kereta meluncur laju di jalanan berlopak,

Tetapi tiada siapa yang tahu apa yang sebenarnya yang ingin saya perhati.
Akhowat? bukan la.*blushing*
Bird watching? takde kerja.
Saadon? lagi takde kerja.

Sebenarnya salji yang dicari.
Menurut kajian saya, hasil perbincangan dengan rakan-rakan di kedai kopi,
salji sepatutnya da menampakkan diri beliau waktu ini.
Menurut pak arab, tahun ni bakal turun salji di Irbid memandangkan musim sejuk tahun ini masuk awal.

Tetapi..haih.
Tak mengapa, cuti musim sejuk ini, saya dan rakan-rakan akan ke Turkey.
Main objective:main apa-apa yang berkaitan salji..yahooo!

Tapi sebelum tu kena habiskan final dulu.waaaa...

*syoknya tengok sepupu sepapat kat Ireland n Paris main salji.
*pegi turkey nak tangkap panda satu, takde teddy bear dalam bilik.haha

syoknye klu dapat bela sekor..comey.hehe

Hazim Amsyar
Umah Saadon,
Tunggu maghrib,
Irbid

Saturday, December 24

Rasa yang hilang

Bismillahirrahmanirrahim.

Awan di angkasa perlahan-lahan bergerak ke arah tiupan angin. Dari tadi, sepasang anak mata itu terpesona melihat kebesaran Ilahi. Rasa kagum menelubungi diri. Biarpun dia hanya dapat melihat keindahan tersebut melalui celahan tingkap dari dalam kamar tidurnya.

"SubhanAllah..", ujarnya lembut sambil terbatuk kecil.

Azan dilaungkan muazzin ke seluruh pelusuk kota Irbid. Menandakan Asar telah masuk waktunya.
Demam yang masih belum kebah sejak dua hari lalu langsung tidak menghalangnya dari menunaikan rukun islam yang kedua itu sekomited dan sesempurna seperti biasa.

Itulah tanda insan yang bersyukur.Alhamdulillah.

..Ketika cinta bertasbih..tibe-tibe..

[..ayat macam novelis la plak.hehe]
...............................................................................................................................................

Rasa yang hilang
 ubat-ubatan sebgai teman sejati.angkat tangan buat tanda aman.

Dari Khamis hingga Sabtu. Saya demam. Dua hari terasa seksa yang sangat.

Nak ke kelas, tak larat.
Nak makan, tapi hilang deria rasa, tak sedap.
Nak study, tak mampu.
haih..

Senang cerita, itulah dua hari yang paling tak produktif saya. Terbaring di dalam bilik sepanjang hari mengenangkan nasib. Seyes,amat-amat takut kena demam. Tak tau kenapa. Insaf.

Tetapi semasa tempoh sakit ini la baru kita mula menghargai diri dan mensyukuri pemberian ilahi. 
Masa ini juga kita akan jadi touching dan sensitip yang amat sangat! 

Sepanjang dua hari itu, masa itulah juga kemuncak untuk pelbagai program-program.

Ada imtihan hafazan syeikh Ibrahim...
Ada wacana ilmiah di Pustel..
Ada program solat hajat Bkan Pahang n Johor
Ada match Katang vs AC Jamiah..
Ada orang yang perlukan saya..gulp!what the?..haha...

...dan macam-macam lagi. Banyak pula incoming call dari serata pelusuk tanah Jordan ini. Biasalah, masalah rakyat. Pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan.haha. 


team katang FC!

Tetapi, semua perkara yang saya lakukan terasa tak bersemangat dan sesempurna seperti biasa.
Maafkan saya yang lemah ini.

Terharu

Dalam beribu-ribu call, saya paling terharu dengan satu call.

"Assalamualaikum, zim ko sakit ea? Jap aku datang bagi ubat."

tup tup..tak sempat nak kata apa-apa, 2 minit terus sampai dengan ubat. Disinilah sifat touching saya jadi macam akhowat sikit(nak kata hati saya ni cute.haha).

"Weh, makan la bubur yang aku buat tu..", kata si dia yang lain sambil bernada seyes tapi buat-buat cute. Sekali lagi saya touching.

..terima kasih la kawan-kawan sebab tolong menjaga saya ya! 
Tapi nak komplen, bubur tu macam da jadi nasi =P tak macam bubur da.haha

Oh ya, taklupa juga pada yang tolong kejutkan subuh.

*Ya Rabb Yang Maha Mengasihani, terima kasih kerana kau menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang baik-baik di celahan jutaan manusia. Aminn.


Renungan

Hadis:

Rasulullah s.a.w melalui ungkapannya:
Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik (shalihah) dan teman yang jahat adalah seperti pembawa minyak wangi dan peniup api pandai besi. Pembawa minyak wangi mungkin akan mencipratkan minyak wanginya itu atau engkau menibeli darinya atau engkau hanya akan mencium aroma harmznya itu. Sedangkan peniup api tukang besi mungkin akan membakar bajumu atau engkau akan mencium darinya bau yang tidak sedap. (Riwayat Bukhari, kitab Buyuu’, Fathul Bari 4/323 dan Muslim kitab Albir 4/2026)

Sebuah video yang saya sokmo tengok dan ulang-ulang. Best!



*terima kasih pada sudi yang menjaga saya! nanti saya bagi cokelat sorang satu ya.

*Alhamdulillah Allah masih berikan kekuatan nak beribadah masa sakit.

*Maafkan saya Katang FC,sebab main kejap je.
Maafkan saya kalau kewajipan saya tak sempurna mana masa tu.
Maafkan saya kalau tak terlayan korang.
Maafkan saya sebab tak buat lawak
Maafkan saya doktor sebab tak g kelas.(jgn potong markah saya..huhu)

Sekian,
Wassalam.

Hazim Amsyar
Bayt Ihna,
Lepas subuh, mate sepet.
Irbid, Jordan

Wednesday, December 21

Target !!

Bismillahirrahmnirrahim..

Lompatlah setinggi bintang melangit,sekurang2nya bila jatuh, jatuh atas bulan.

Cukup la video ni menemankan korang supaya jadi secomel dan setangkas kucing ini.
Semangat kucing ni kejar target! Kita pula bagaimana?

*semangat kucing ni kejar sasaran beliau..comey!
Ciko,rajin die studi.sampai tertido.haha.

*Final Exam saya lagi dua minggu.Nak kena jadi macam Ciko! rajin dia study!
Sidang pembaca tolong tembak2an doa untuk saya ya.Aminn.

*Yang penting Usaha and then Tawakkal. Sama2 kita mengejar Mardhotillah!

**REWARD kalau jawab terbaik-Ke Turkey untuk cuti winter kali ini. mood study meningkat mendadak:100%. yeah!

Hazim Amsyar,
Atas Syurga,
Sejuk,
Irbid

Friday, October 14

Plan Terbaik!



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum pembuka bicara.

Apa khabar pembaca semua?(lagak macam ada banyak pembaca walhal ada sorang je follower.hehe)
Semoga semua dalam keadaan sihat hendaknya.
Kita kena selalu doakan orang supaya kita jadi sahabat yang baik.Ye dok?


Setelah beratus ribu juta ayat disyarah di dalam kertas exam,beratus juta millimeter dakwat tercurah menulis nota, setelah berkeringat memerahkan otak kepala, Alhamdulillah, masih ada ruang dan idea lagi nak mengisi sedikit pengisian dalam post kali ini.
Saya menulis.

Aidiladha Bakal Tiba

Hah.Seronoknya mendengar tahun ni ramai saudara mara saya nak pergi menunaikan haji.
Alhamdulillah, saya pun merancang untuk pergi tunai haji tahun ini. Almaklumlah, student Bumi Urdun yang hanya sejengkal dua sahaja dari Mekah, mesti la grab this opportunity(omputih punya bahasa).

Hmm.Ummi saya memang pantang kalau tahu benda-benda baik macam ini. Sudah hamper satu kampong dihebahnya kerana gembira saya nak naik haji tahun ini.

Tup.tup.. berita mengejut dari travel haji Jordan mengatakan saya dan rakan-rakan saya yang lain tak dapat tunai haji tahun ini. Ada masalah dari segi kouta ajnabi(orang asing) katanya.

Hmm.tak mengapa. Mungkin rezeki saya untuk tunai haji bersama bakal isteri kot. Abang akan pergi ngan sayang,tunggu ya! (Bisik hati.hehe.senyum sorang-sorang)

Buka laci. Ada seikat duit 50 dinar Jordan setebal genggam penumbuk. Itulah duit yang saya saving untuk ke Mekah asalnya. Dalam JD 700. So,biasalah. Bila pegang duit banyak ini, macam macam la timbul dalam otak gula-gula sugus ini. Tambah-tambah i-phone 4s baru release on sale.(jadi kusut bile tribulasi spt ini melanda.hehe)

Dugaan sahaja semua itu. Berkebetulan masa pegang duit penumbuk tu buka zon iklan Irbid kat sesawang FB(facebook). majlis perwakilan pelajar Malaysia Jordan (baca: MPPMJ) ada buka iklan untuk siapa-siapa nak participate dalam ibadah korban lembu atau kambiang(baca:kambing).

Jadi, cepat-cepat saya call Person in charge untuk participate satu bahagian. Saya masuk dalam kambing.hmm.bukan saya masuk dalam badan kambing,saya beli seekor kambing untuk dikorbankan.hehe. Sekor dalam JD170.
Alhamdulillah, dapat la debit sedikit amal kebajikan kat akaun amalan saya ni.


Jelajah Jordan

Hari ini merupakan hari terakhir dawwam(kuliah).Esok saya akan mula cuti seminggu sempena Aidiladha.

Amatlah kelaziman bagi pelajar-pelajar luar negara seperti saya ini melancong. Hmm. Biasalah, nak meluaskan pandangan dan merelakskan pikiran.

Di dalam negara Jordan sahaja. Ada banyak lagi tempat-tempat di Jordan belum saya terokai dan pelajari sejarah darinya.

Hmm. Destinasi bajet saya dan rakan-rakan se-IKIPeans saya kali ini akan ke Aqobah-Wadi Rum-Petra.

Banyak persiapan yang dibuat demi mempastikan kembara ini benar-benar menarik. (kalau belajar pun excited macam ni kan best!.hehe)

Inshaallah trip tersebut akan berlangsung selama 2 hari 1 malam.
Tidak banyak yang boleh saya ceritakan tentang tempat yang kami bakal lawati tersebut meamndangkan belum pernah ke sana lagi.

Doakan supaya semuanya berjalan dengan lancar,sesuai dengan perancangannya.Aminn


Renungan:

Arkitek, doctor, pensyarah, semuanya ada plan tersendiri dalam career masing-masing dalam mencapai objektif atau kepuasan masing-masing.

Saya pun, seorang pelajar, ada plan yang tersendiri. Senang cerita, semua orang ada plan.

Tapi plan apa yang paling terbaik?
+Plan yang kita sandarkan natijahnya kepada Allah Azza Wa Jal.
+Formula duit=Doa,Usaha,Istiqomah & Tawakkal=result yang terbaik Inshaallah.

Al-Quran:

وَمَڪَرُواْ وَمَڪَرَ ٱللَّهُ‌ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَـٰكِرِينَ (٥٤

"Mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik perancang" Ali Imran : 54


*Hmm.cuti kali ini akan stress sikit sebab imtihan akan straight tiga paper terus bila kuliah bermula nanti.huh.=='
*post ni lama da duduk terperam.hampir2 dua bulan

hazim amsyar,
Imarah Umar Mukhtar,
Irbid,Jordan.

Tuesday, July 26

Sampaikan Pesan Ummi Pada Abimu




Ahmad putraku

Ummi tak tahu kenapa pagi ini kau berkeras
Pergi ke pasar untuk belanja dapur kita
Dimana biasanya Ummi yang melakukannya
katamu,"Biar Ummi di rumah,
Ummi mengaji saja di kamar
Biar Ahmad yang pergi ke pasar
Sekali ini saja."

Kau sangat berkeras
Ahmad putraku
Ummi tak ada prasangka padamu
Lelaki kecilku yang dibanggakan ayahmu juga aku
Lalu kau pun pergi membawa keping logam tersisa
Untuk ditukar dengan apa saja sekedar hidup hari ini
Ummi lalu kembali larut dalam ayat Quran cinta kita
Kemudian mendadak suara langit menggelegar

Pesawat dari neraka datang lagi
Diikuti dentum keras terdengar
serasa dekat di telinga Ummi
Lalu tiba-tiba saja Ummi merasa khawatir denganmu
lalu bergegas keluar rumah
seperti para tetangga Ummi
Mencari tahu apa yang telah terjadi
semua berlari ke arah pasar tempat kau pergi
Ahmad putraku

Lalu ummi melihatmu terkapar di jalan
Diantara raga-raga tak bergerak lainnya
Kau sekarat disana. Tanganmu saja yang bergerak
Ahmad putraku
Ummi spontan membopongmu mencari pertolongan
Di mulutmu hanya ada suara
Suara yang sangat kita kenal
"Allah! Allah! Allah! Allah!"
Lirih Lemah

Tapi menembus kuat hingga langit tertinggi
Dan Allah ternyata memberi cinta di pagi ini padamu
Juga pada Ummi
lalu kubisikkan kata di telingamu,

"Putraku tersayang,
Sampaikan pesan Ummi pada Ayahmu di syurga
bahawa
ummi akan lanjutkan perjuangan kalian
Ummi akan teruskan perlawanan kalian
Selamat jalan Ahmad anakku tersayang
Selamat jalan syahidku cintaku

Ternyata Allah telah memanggilmu pagi ini
Biarkan Ummi menangis terakhir kalinya
mengantarmu pergi ke taman kehidupan sebenarnya
dimana Ayahmu menunggu di pintu gerbangNya
Tunggu Ummi ya nak, tunggu
Kita kelak akan bersama lagi seperti dulu …
Laailahailallah Muhammadarrosulullah
Innalillahi wa innailaihirojiuuuwn…"


DISANA MEREKA BERJIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH, DAN KITA DISINI MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI

ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !




*post ini dicopy paste dari sebuah wordpress.klik gambar untuk terus ke penulis asal.