Monday, February 27

Bujang 6 : Terpilih

Bismillahirrahmanirrahim

Udghud hon(baca:tekan ini dan ini) untuk rasai fenomena kesyukuran tak terhingga.^^

Terpilih bermakna anda telah dipilih.
Dipilih maknanya anda terpilih dari golongan yang terpilih.

Paham?
Maknanya anda orang yang terpilih(kalau tekan link tu la) untuk sama-sama mengucap Alhamdulillah tanda bersyukur atas nikmat pemberianNya kepada anda pada hari ini.

Alhamdulillah.

okes.Tamat sesi introspeksi iman bersama ostad bujang hari ini.

  
Sambung cerita..


Friday, February 10

Mencoba Untuk Tersenyum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku menulis dengan menyebut namamu Ya Allah. Hanya redhaMu yang ku harapkan. Moga perbuatan dan ibadah ku tika saat ini senantiasa berada di bawah rahmatMu.

Bunyi lagu irama Melayu di corong radio ku perlahankan sedikit. Mudah-mudahan aku bisa memberikan kosentrasi yang lebih pada penulisan. Bau tar jelas dikesan deria bauku memandangkan tika ini baru sahaja bumi disimbahi hujan. Matahari tidak kelihatan. Hanya bertemankan awan mendung bersaksikan tanah lecah, aku menulis post kali ini.

Kebelakangan ini, susah rasanya meneruskan apa yang biasa dilakukan.

Kebelakangan ini, terlalu banyak perkara yang mencelah masuk di ruang mindaku.

Kebelakangan ini juga, ku menjadi seorang yang pemarah.

Tuesday, February 7

Part 1 : Catatan seorang Traveller

Hari Satu

Wah!..aku buat-buat terkejut. Hari ini nak ke Turkey! Tapi banyak lagi yang tak kemas. Kelam kabut sebab tengok orang sudah berkumpul kat coaster. Semalam tu siap lukis-lukis nak bawa apa,pastu tertidur.

Cepat-cepat kemas bagpack. 2 beg aku bawa. Satu kecil,satu besar. Yang kecil tu penuh dengan maggi dan perencah air Nescafe. Yang besar pula penuh dengan kelengkapan peribadi.


Pagi itu kami mulakan perjalanan dari kota Irbid ke Queen Alia Airport di Amman. 2 jam tempohnya. Pukul 9.30 pagi kami tiba di departure gate. Terus check-in flight Royal Jordanian(RJ). Fuhh..tepat-tepat masa kami check-in. Tak cepat tak lambat.
Alhamdulillah.

Sementara menunggu untuk berlepas, kami bertiga(aku,man dan amir) pekena dahulu dale3(ayam goreng) yang dibeli malam semalam. Yang tak tahan, lirikan mata kelaparan member yang lain tu. Lapar juga semua rupanya. Tu la, malam semalam buat-buat keras tak nak beli dale3. Ooo..baru la nak kata ukhuwwah fillah!macam-macam.haha


Cukup. 
Teruskan.

Ini merupakan kali ketiga aku naik flight untuk bercuti dalam setahun.kaya beb!..Alhamdulillah!.
Agak sempit tapi esklusif flight RJ ini. Empat seat setiap lajur. Aku dapat seat tepi tingkap tapi malangnya terpaksa tukar lepas tu.huhu. Mengutamakan akhowat yang nak duduk dengan membernya. (wah, betapa machonya lagakku masa itu!).

Sunday, February 5

Bujang 5 : Masuk U

Bismillahirrahmanirrahim

Kringg..kringg..
Bingit.
Henset ku capai.
Mengosok-gosok mata yang tak gatal.
Sekilas melihat jam di henset.
Allah! Nak dekat syuruk(terbit matahari).
Bingkas bangun berwuduk dan tunaikan kewajipan.

Haih..

"semalam da tido awal da, bangun lambat jugak..",ku keluh panjang.

Nampaknya kalau duduk sorang-sorang dalam bilik ni, tidur awal tu cuma memanjangkan lagi waktu tidur je la.
Kalau da ada zaujah nanti, berebut-rebut nak tengok siapa yang bangun dulu. Macam ini. Sangat-sangat la sweetnya. Cewah!

***

Thursday, February 2

Cuti Datang Lagi

Bismillahirrahanirrahim..

3 hari yang lalu telah menyaksikan pendekar Tanah Melayu ini mengakhiri pertarungannya. Keris pena telah tersisip rapi di dalam beg. Sepersalinan lecture note dibiar merata-rata tanpa berhajat membeleknya semula. Segala benda yang ku pelajari dari tok guru tercurah pada helaian kertas-kertas peperiksaan.Tiada satu yang lekat di kepala. Inilah tribulasi dan mehnah belajar untuk periksa.Persis kereta Bugatti Veron tanpa enginnya. Hanya megah luaran, tapi miskin dalaman..Haih..

Daurah Cinta

Hari ini 20 haribulan. Baru sahaja cuti musim syita(winter) membuka tirainya. Bahang kehangatan Final telah disapu bersih dingin syita pada 3 hari yang lalu. Akan tetapi semangat menuntut ilmu dalam kalangan mahasiswa Irbid tetap hangat. Buktinya, Daurah Ilmiah yang dianjurkan PERMAI di bawah kelolaan Majlis Mahasiswa Yarmouk(MMY) selama 3 hari itu mendapat sambutan yang hangat.yeah!

Tajuknya sangat eye catching. Hudud dan juga Persediaan Rumah Tangga.

Dibarisi panelist-paneslist yang rata-ratanya di tahun akhir pengajian dalam takhassus masing-masing. Semua hebat-hebat! Allah yubarik fikum jami`an!

“bersihkan semula definisi cinta.definisi cinta menurut perspektif islam bukannya perspektif Hollywood”,tegas Hilal Asyraf

“cinta itu juga adalah harta”, Abu Bakar,pelajar medic tahun 6.

“untuk bakal isteri,nak jaga suami,jaga dua perkara, jaga dua perut”, kias Ust Tajul Urus.

“persediaan mendidik anak bermula dengan mendidik diri kita sendiri bermula dari sekarang”, tak ingat siapa yang cakap.

Ada hadis-hadis yang masyhur dalam masyarakat Melayu tetapi sebenarnya tak betul.

-pendam cinta sampai mati dikira mati syahid.(ada lagi beberapa hadis dinyatakan,tapi tak ingat.huhu).

*Respon panelist : Sepatutnya kalau kita sudah rasa cinta,kita patut luahkan. Konsep usaha + tawakkal perlu ada. Contohnya mic depan saya ni. Saya nak gerakkan mic itu. Kalau saya hanya berdoa dan menunggu tanpa usaha menggerakkannya, logic ke mic itu bergerak?

Result

Tanggal 20 haribulan ini seolah-oah mengizinkan aku bercuti dengan hati yang lapang. Kerna apa?Result final exam yang baru berakhir 3 hari lepas sudah keluar dan Alhamdulillah aku masih lagi dikurniakan kesempatan untuk berstatus jayyid jiddan. Syukur.

Alhamdulilllah,

Cuti aku pada kali ini terisi dengan perkara-perkara yang baik. Ucapan tahmid tidak putus-putus ku bisik dalam hati.

Esok inshaallah bakal melancong ke Turkey. Mencari dan mengambil ibrah dari sebuah tamadun yang paling berjaya pada satu ketika dahulu. Hmm, juga mencari cinta di sana barangkali.haha.



*Terima kasih pada semua yang telah mendoakan.Allah yujzikumul kheir

*Tak mungkin ilmu dalam daurah 3 hari tu dapat dimampatkan dalam satu posting pendek ini. Ada juga pasal hudud,tapi aku cuma excited tulis pasal kawen ni je.haha. Nak tau lebih,kita jumpa, okeh?

*Kita adalah signifikan dari kedua ibubapa kita.~tak paham sgt quote ni,tapi bunyinya macam best!~Interpretation sendiri :Kita ni adalah hasil didikan ibubapa kita. Tengok macam mana ibubapa kita didik kita dulu. Sampai kita jadi macam sekarang?Senang ke susah? Berumah tangga ini perkara yang serius. Persoalan : Adakah aku sudah bersedia? T.T

*post tertunggak selama seminggu

Wassalam,
Kesunyian.