Sunday, February 5

Bujang 5 : Masuk U

Bismillahirrahmanirrahim

Kringg..kringg..
Bingit.
Henset ku capai.
Mengosok-gosok mata yang tak gatal.
Sekilas melihat jam di henset.
Allah! Nak dekat syuruk(terbit matahari).
Bingkas bangun berwuduk dan tunaikan kewajipan.

Haih..

"semalam da tido awal da, bangun lambat jugak..",ku keluh panjang.

Nampaknya kalau duduk sorang-sorang dalam bilik ni, tidur awal tu cuma memanjangkan lagi waktu tidur je la.
Kalau da ada zaujah nanti, berebut-rebut nak tengok siapa yang bangun dulu. Macam ini. Sangat-sangat la sweetnya. Cewah!

***


Semester Akhir

Ya, hari ni sunggguh bersemangat. Student final year la katakan. Tujuh madah lagi!yeah!

ooo..balik kampung..ooo..balik kampung..seraya aku menyanyi dengan tiba-tiba.haha

Sebagai jejaka budiman, aku telah menunaikan tugasan membasuh baju sendiri dengan budimannya(sudah dua minggu tertangguh sebenarnya.haha).

Tiadalah bijak tindakan aku tu, hari ini masuk sekolah tapi semalam baru dibasuh baju semuanya.
Tinggal setengah jam aku bakal memulakan kelas pengajian. Tiada uniform sekolah nak dipakai.
Terpaksa menggunakan sistem salai depan sobah(baca:pemanas) untuk mengeringkan baju.^^
Proses salai mengambil masa yang agak lama. Jadi, nak kata, hari ini terlepas la satu kelas. Tilawah 3. (T.T)
Kelas kedua pukul 10 pagi, Tilawah 2. Mencelah kejap, dua-dua kelas ini aku tak dapat tasjil dengan Imam Besar Masjid Jamiah. Syeikh Makmun namanya. Survey mengatakan beliau amatlah best mengajar dan amat mudah markah dalam exam. Apakan daya. Nasib la tak dapat. huh 
proses salai seluar


Ok,sambung balik. Pergi ke kelas dengan Bujang B hari ini. Sungguh la smart beliau dressup. Aku biasa-biasa saja. Siap ada tompok basah tak kering pada baju dan seluar.haha
Aku menemankan beliau ke kelasnya disebabkan populasi di dalam kelas-kelas aku pada hari ini amatlah mengecewakan.


Pabila sudah bosan menunggu lecterur bersama beliau di dalam kelas, aku dan Bujang A menuju terus ke maktabah(baca:library) sementara Bujang B pergi ke soropah(baca:exchanger) untuk tunai cek yang baru diterima semalam.


Duduk lama di maktabah mentelaah buku-buku.cewah! Semangat baru la katakan.yeah!


Ke Amman


Satu perkara biasa bagiku. Jaraknya lebih 2 marhalah. Berulang alik 3 kali seminggu. Tapi yang tak best, duit habis kat tambang je. Duit tu kalau simpan, boleh buat kawen da. T.T


Tadi ke Amman bersama Ammu Yassin. Cukup makruf(baca:dikenali) beliau dengan sifat ramahnya. Oleh kerna kekerapan aku ke Amman amatlah selalu, tak pelik kalau beliau petik nama aku selalu dalam kalangan student melayu. Amatlah femes aku. Kan? Cewah!


Hari ini ke Amman untuk jemput akhowat yang homesick balik dari Malaysia. Amatlah machonya aku rasa hari ini. Murakib je pun padahal.hehe



Hmm..da tak tau nak tulis apa.


Apa yang penting, kena usaha keras sem ini untuk kekalkan prestasi.
Cintailah Ilmu!


Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. 
Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin.(artikel cinta)


Bersambung..

2 comments:

  1. ecece..nak suruh orang tekan belog dia lettu.haha.

    ReplyDelete