Friday, February 10

Mencoba Untuk Tersenyum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku menulis dengan menyebut namamu Ya Allah. Hanya redhaMu yang ku harapkan. Moga perbuatan dan ibadah ku tika saat ini senantiasa berada di bawah rahmatMu.

Bunyi lagu irama Melayu di corong radio ku perlahankan sedikit. Mudah-mudahan aku bisa memberikan kosentrasi yang lebih pada penulisan. Bau tar jelas dikesan deria bauku memandangkan tika ini baru sahaja bumi disimbahi hujan. Matahari tidak kelihatan. Hanya bertemankan awan mendung bersaksikan tanah lecah, aku menulis post kali ini.

Kebelakangan ini, susah rasanya meneruskan apa yang biasa dilakukan.

Kebelakangan ini, terlalu banyak perkara yang mencelah masuk di ruang mindaku.

Kebelakangan ini juga, ku menjadi seorang yang pemarah.



Apa yang tidak kena pada diriku?

Statistik, komputer, ekonomi antarabangsa, prinsip perbankan, pengajian Malaysia dan English 2 merupakan subjek yang ditasjil untuk di IKIP ini. Luar biasa rasanya aku rasakan silibus kali ini. Bukan kerna susahnya ia dan bukan juga kerna bahasa tulisannya. Susah sekali penjelasan dan perbahasan subjek-subjek itu lekat ke dalam mindaku ini. Ku sendiri tidak dapat menjelaskannya..

Apa yang tidak kena pada diriku?

Bibirku seakan tidak mahu meluahkan apa yang tersirat di jiwaku. Terasa seperti ia diikat ketat sesuatu. Barangkali diikat oleh keegoanku. Atau barangkali aku sendiri tidak mengerti apa yang patut dikongsi kepada sahabatku.

Apa yang tidak kena pada diriku?

Aku cuba untuk tersenyum kembali hari ini supaya mereka tersenyum. Ku cuba selagi boleh.
Walaupun pedih ku tetap akan tersenyum. Tapi hanya senyuman tawar mampu ku berikan.
Ku terus menerus dilimpahi rasa sedih di dalam diri. Melawannya kembali ibarat memaksanya lebih bercambah di dalam diriku.

Apa yang tidak kena pada diriku?

Ku ajukan soalan itu tiap malam sebelum tidur. Hanya kebuntuan yang menyeliputiku bahkan memeberatkan bebanan fikiranku. Walaupun perasaan itu cukup berat ku tahan hatta terasa seperti membunuh jiwaku, aku tetap akan terus mencoba untuk tersenyum..
untukmu..

Wallahua`lam...

*posting yang menggunakan bahasa ala-ala bahasa jiwa. Ditulis masa semester akhir di IKIP.
*Tak ingat da pasal apa masa ni..


No comments:

Post a Comment