Friday, May 11

Bujang 8 : Kenangan

Hari kian menyepi.
Cinta datang dan pergi.(eh?!)
Setiap pertemuan adanya perpisahan.

Hari semalam yang berlalu tak mungkin diputar ulang kembali.

"Perkara yang paling jauh dengan kita sebenarnya adalah hari-hari yang berlalu(baca:kenangan)"

***
Kelmarin merupakan hari terakhir aku masuk ke kuliah pengajian sebagai penuntut tahun akhir di semester yang terakhir.
Tinggal cuma Final sahaja.
Penentu gelaran Bachelor tuh.#pakat ramai-ramai doakan aku ya#

Tiba-tiba satu perasaan menerpa dalam diri.
Rasa semacam baru semalam berumur 18 tahun.
Berambut sikat ke tepi.  
Kamcing butang penuh ke atas.
Semua itu kenangan.(padahal sekarang pun masih sikat tepi ag..haha)

Rakam kenangan

Ada yang menulis.
Ada yang melukis.
Ada yang borak-borak.
dan macam-macam lagi.

Tetapi aku jadi berminat untuk merakamkan bentuk kenangan dalam gambar atau video.
Senang.
Kalau tulis, malas nak baca balik.hehe.

Semalam aku tiba-tiba jadi rajin nak mengedit video kenangan semasa berada di Turki pada awal tahun dulu.
Rasa macam nak ke Turki balik..huhu

Tinggal lagi sebulan sahaja lagi masa aku berada di bumi Jordan ini.
Banyak kenangan dicipta. Tapi buka harddisk, gambar tak banyak pula. haih.

So, bermula hari ini, sehingga sebulan mendatang, aku akan pastikan satu hari mesti ada satu gambar.
Kekadang kita rasa macam,

"Eleh,gambar tu pun ko nak amik ke?"

Mula-mula memang kita rasa buruk atau tak best gambar tu.
Tapi, bila sudah setahun dua, kita akan rasa menyesal kalau tak ambil gambar time tu. Seyes!

Misi aku:
+Nak ambil gambar masa makan syawarma
+Nak ambil gambar jenama dan harga barang-barang kat jordan ini.
+Nak ambil gambar dengan member-member arab.
+Gambar Akhowat..Astaghfirullah.Tak sikah. Gurau jek :D

Senang cerita, semua benda la nak direkodkan dan digambarkan.

Hmm..tu je nak cerita kot.
Ngantuk tiba-tiba.

Oh ya, bagi wilayah Irbid seantero Jordan, sekarang waktu asar, hari Jumaat pula tu.
Banyak-banyak la kita berdoa.
Waktu ini waktu yang mustajab kita berdoa.

"Sesungguhnya pada hari Jumaat itu terdapat satu masa, apabila seseorang itu kena tepat pada masa tersebut berdiri dan berdoa serta memohon kepada Allah sebarang kebaikan,nescaya akan diperkenankan permintaanya itu" [Bukhari dan Muslim]

ada dua perndapat merujuk kepada 'satu masa' tersebut,satu masa imam/khatib duduk antara dua khutbah,dan satu lagi selepas asar sampai maghrib.

Ibn Qayyim dan majoriti ulama salaf memiilih pandangan kedua,yang kata masanya adalah selepas asar sampai maghrib berdasarkan hadith lain,yang bunyinya sama macam hadith kat atas tetapi ada tambahan;"maka carilah masa itu selepas asar" hadith tu riwayat Abu Dawood dan An Nasaie

Allahu A'alam. 

Tata.
Salam.

***

*Lusa kena tasmik lagi 12 surah lagi. Gulp! Tapi sempat berbelog lagi.haih

*Aku mahu lulus imtihan ini dong! Kalau tak plan kawen awal terpakse dianjak lagi.heh.

*Tahap pembacaan buku-buku pada bulan ini sangat-sangat la kurangnya.Begitu juga kurang menulis semenjak dua ini. Kesimpulan..Kurang baca=kurang tulis. Hypothesis accepted.

2 comments: