Saturday, May 19

Bujang 10 : Air mata

"Macam mana kita nak baiki diri kita ostad?"

"Awak tanya diri dan cari sendiri jawapannya. Awak lebih tahu akan diri sendiri"

Ringkas jawab seorang ostad muda tetapi sangat mendalam jika dihayati si dia yang bertanya.

***
Masuk Duit

Semalam aku dan rakan-rakan seronok menerima gaji bulanan kami(baca:duit biasiswa).
Semalam juga seronok aku belanja satu kampung.hmm, atau kata lain, bayar balik hutang satu kampung.huhu. T.T

"Masa pinjam rasa muda,masa bayar rasa tua",seloroh pelawak terkenal tanah air.

Lepas tunai kewajipan hutang orang, aku kira duit ada banyak lagi. 
Lantas, aku pun berangan.
"Wahh..boleh la simpan-simpan tuk majlis kawen nanti", haha =P

Keluar air mata sebab gembira sangat.

Bukan ostad tapi hebat dari ostad.

Pagi tadi aku jadi rajin buka fb.(ayat macam da lama tak buka fb.hehe)
Check inbox.
Ada link ke You tube tentang satu cerita.
Perasaan berbolak balik.
Hmm..Nak stadi ke, nak tengok cerita.
Tanpa segan silu, aku pun tertekan link tersebut.

Amaran: Sila jangan tengok video ini jika anda seorang jejaka.Pasti malu.Sebab anda akan menangis teresak-esak selepas habis cerita.Seyes!

Sangat menyentuh hati cerita ini.(pendapat aku la.sob2 T.T)
Drama ini bukan tentang manisnya dunia.
Sebab nama cerita pun 100 hari sebelum hari kematian.

Banyak part yang aku tertarik(baca:tersentuh) dalam cerita ini,

+scene Akbar mendidik famili dia.(minit 20.25)
+scene Akbar tolak rasuah dan menutup aib majikannya.(minit 30.27)
+masa Suri tanya Akbar pasal apa rasa bila kita solat.(minit 35.00)
+scene paling tacing, scene anak soleh nak mandikan mayat ayah dia.(minit 1:19:00)

Walaupun dia seorang driver dan bukannya ostad, tapi kehidupan dia sangat islamic.
Inilah dia orang soleh(baca:orang baik).

mintalah kita diampunkan dosa walau berkali-kali kita buat..Rahmat Allah itu luas.

Tidak banyak yang dapat ku tulis.
Sebab tak pandai nak hurai perasaan lepas tengok dua-dua video ini.
Cuba tengok dan rasainya sendiri.
Semoga Allah golongkan kita dalam golongan orang yang soleh

Itu saja..

Salam..

*Air mata keinsafan itu yang paling best.seyes!

*sangat terkesan ke lubuk hati dari cerita ini. Ya Allah,banyaknya tanggugjawab aku yang tak tertunai lagi. T.T

*sori sebab banyak sangat nangis2 dalam post ini.

**minta dapat isteri solehah yang macam ni.sokmo mendoakan suaminya.#pakat2 doakan.Amin#
(minit 1:06:00)

No comments:

Post a Comment