Thursday, June 21

Bujang 11 : Saya Konvo!

Wahaha..seraya aku tergelak melihat belog aku yang sudah minggu tidak hapdet.

Seyes bulan ni bulan sibuk.
Sibuk kemas bilik.
Sibuk jual barang.
Sibuk packing kotak.
Sibuk cop mengecop.
Sibuk menyibuk.
Sibuk sibuk sibuk.

June 

Bermula la cuaca panas menggila kali kedua dan terakhir kalinya aku di Jordan ini.
Sama sahaja panas summer setiap tahun. 
Pokok segar jadi layu.
Orang putih jadi gelap.
Semut hitam makin menghitam.

Musim ini best sebab musim ini musim buah.yeah!
Syumam(tembikai susu).
Karaz(Cherry)
Mish mish(peach)
Blueberry

Bait syair arab: 
Insan ini di kala sejuk menggigil hendakkan panas mentari, insan tika panas membakar pula hendakkan sejuk  menyamankan. 

Yang terbaik ialah kita terus memanjatkan kesyukuran kerana masih diberikan nikmat deria rasa dan peluang untuk terus beribadat kepadaNya.

**
Graduation

Istimewanya June kali ini, aku dan rakan-rakan sekuliah yang lain grad.yeah! .
Bersyukur sangat-sangat. Amin Amin Amin Ya Rabb
Sem last ni memang teruji segala emosional dan fizikal.
Selepas satu-satu masalah batch kami hadapi.
Kekurangan duit la, subjek susah la, terpaksa ambil imtihan kafaah la(placement test), dirasat jadwa susah gila, aktif  berpesatuan.
Haih.. dugaan. 

Ala kulli hal, syukur Alhamdulillah.

Ini suasana dalam dewan convo saya hari tu.. Arab Style. Pantas and riuh rendah ^^

Berbagai rasa..

"wah, sekejap je ea duk Jordan ni. Nak balik da" 

"Aku tak sabar-sabar nak balik msia, tak tahan ngan arab"

"rindu la pulak nak tinggalkan bumi barakah ni"

"makin sedap la pulak laban nih..haih"


Semoga Allah redha dengan apa yang aku pelajari selama 4 tahun ini dan semoga aku dapat manfaatkan ilmu secebis dengan orang lain nanti Inshaallah.

*im officially the holder of B.A(Hons) Islamic Economics and Banking. ^^

*tak larat nak tulis panjang-panjang. Ngantuk kemas barang. 

No comments:

Post a Comment