Tuesday, May 15

Bujang 9 : Stado !

gambar hiasan



Di Jordan kala ini bermandikan simbahan cahaya matahari.
Musim Soifi(baca:summer).
Kata orang, waktu ini katanya waktu paling sedap kita tido.
Masa ada di Malaysia dulu-dulu, rasa macam time winter yang paling sedap kita nak tido.
Hmm..
Pendapat aku pula mengiyakan kedua-dua.
Sebab rasa macam sama saja time tido aku waktu summer mahupun winter.haha

***

Pagi ini bangun aku dengan gahnya setelah cukup sudah puluhan jam berpejam celik kat atas katil.
Ketulan kebingungan masih melekat di medulla oblongata(istilah sains).
Penat menghafal.
Sambil duduk, berdiri, berjalan, baring hinggakan mimpi pun tengah ngapal(baca:hafal).
Tapi satu helai hafalan pun tak beranjak sejak berjaman(fushah:berzaman) lamanya.
Tekak terasa kering.
Lalu air gas jenama Fanta Stoberi ku teguk.

*gulp.gulp.gulp.burp*

*Pepagi minum air gas. Bertambah la kebingungannya.haih

***
Stado


Means : Stadi untuk tido.

Digunakan pada orang yang pegang buku sambil baring, pasang niat menggunug ke langit nak habiskan baca.
Buku bedtime story yang paling best dibaca adalah buku-buku ekonomi.
Tak sampai 5 minit saja. Terus tido. haha

"Nak buat macam mana, nama pun amik ekonomi dan perbankan. 

Memang banyak la sejarah pahit manisnya nak kena baca dan hafal."

Ke Maktabah

Buat julung kalinya aku melangkah masuk ke dalam maktabah(baca:library).
Mencari semangat stadi yang hilang di situ.
Naik tingkat dua.
Jumpa meja kosong.
Niat dipasang dan buku dibentang.

"Hari ni aku nak baca dari pagi sampai petang.yeah!"

Semangat seperti api yang bernyala-nyala.
Gemerlapan semangat aku terpancar ke seluruh maktabah.

"Panas maktabah hari ni", ujar rakanku dan lantas aku tersenyum kerana merasakan seperti aura aku menyebabkan maktabah ni makin panas.haha

Akhowat pula ramai turun library hari ni.
Bagai minyak dicurahkan ke atas api.
Tapi malang, semangat berapi tadi hanya beberapa detik saja.
Tak sampai dua jam, atau lebih spesifik, tak sampai 30 mukasurat baca, mata aku da sepet balik. Mengantuk.
Tanpa janggal, aku pun tiba-tiba rasa nak balik. Lalu aku pun balik.
Itulah kisah aku stadi tadi.haha

Balik rumah, solat. Lepas tu fb,twitter,instagram.
Sekarang, berbelog.

Lusa pulak nak exam yang susah macam nak pecah kepala! %^%&$#?!@


*Nak join stadi group, tapi tak sangka pulak dieorang buat stadi group kul 6 pagi tadi.huh.kool gila korang! z.z

*Nak dekat exam nih, macam-macam benda pulak rasa nak buat.haih

*p/s untuk diri : Gunalah masa kita untuk Stadi dan bukan Stado

No comments:

Post a Comment