Wednesday, August 5

Ego...

30 Julai 2009
Assalamualaikum w.b.t..

Bismillahirrahmannirrahim..

Malam sudah melangkaui jam 12,bertukar hari dan waktu,aku masih tidak dapat memejamkan mata.Aku hanya ditemani sebuah laptop lama bersuluhkan lampu bilik yang agak malap-malap menyeru aku untuk merebahkan diri di atas tilam yang empuk.Pun masih tidak dapat melelapkan mataku ini.Teringatkan peristiwa pagi tadi..huh..berderu kehangatan masuk mengalir di dalam aliran darahku.Darahku mendidih.

Ego oh Ego...

Bukan ego sifat yang cuba ku beritahu..tetapi moto merah egoku itu..membuat hal di saat genting seperti hari ini..marah sungguh aku..mana taknya 'dia' hanya mampu bergerak selaju 20km/h shj.Ibarat seperti orang berjoging je kelajuannya.
Kesian juga pada egoku ini..sudah lama tidak diservis,dimamah usia.
Aku dalam perjalananku menghantar egoku ke bengkel berdekatan.Berbekalkan kelajuan 20km/h dan kesabaran,aku meneruskan perjalanan.Sepanjang perjalanan aku hanya dinaungi cahaya matahari yang kemerah-merahan berbalam-balam membakar apa sahaja di muka bumi ini.Tiba-tiba...aku hampir dihimpit kereta ke sebelah bahu jalan.Aku bersabar."phooon..phoooon"bunyi hon dari belakang,dari cermin sisi kanan aku terlihat kelibat sebuah bas yang memberi signal kiri..berkebetulan aku berada di line kiri,ditambah dengan slow.aku dihon.Darahku memang sudah sampai ke kemuncaknya.Pemandu bas itu seakan tidak mengerti egoku hanya mampu bergerak selaju itu...

Sesampai di Bengkel..

Motorku sedang dibaiki..
Aku duduk di kerusi depan kaunter.Kepanasan hati terasa menyakitkan kepala.Udara sejuk dari kipas di dinding bengkel terasa menyenangkan ditambah alunan muzik jenis instrumental dr corong radio sedikit melonggarkan ketegangan.Kemudian,belum sempat kata fikiranku yang berserabut itu menemui titik ketenangannya,tauke bengkel datang ke arahku dan segera dia menyatakan bayaran yang perlu dibayar..rm45o!!.subhanallah..huh..Servis hanya melibatkan penukaran komponen-komponen yang kecil shj..adus!!..nasib2...
Apa boleh buat??Bersabar sahaja la..

Renungan..
Al-Quran:
Allah Ta`ala Berfirman:

سُوۡرَةُ البَقَرَة
أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬ (٢١٤)
“Apakah kalian mengira bahwa kalian akan masuk ke dalam surga,
padahal belum datang kepada kalian (cobaan) sebagaimana halnya
orang-orang terdahulu sebelum kalian? Mereka ditimpa oleh
malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan
bermacam-macam goncangan) sehingga berkatalah Rasul dan orangorang
yang bersamanya : Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah
sesungguhnya pertolongan Allah amatlah dekat.” (Al Baqarah : 214)

Hadis:

Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam menggambarkan kriteria seorang
mukmin dalam menyikapi ketentuan Allah Subhanahu wata’ala, beliau
bersabda :
عجبا لمَْرِ الْمُؤْمِنِ إنَِّ أمَْرَهُ كلَُّهُ خَيرٌْ وَلَيسَْ ذَلِكَ لحََدٍ إلِ لِلْمُؤْمِنِ إنِْ أصََابتَهُْ سَرَّاءُ شَكرََ
فَكاَنَ خَيرْا لَهُ وَإنِْ أصََابتَهُْ ضَرَّاءُ صَبرََ فَكاَنَ خَيرْا لَهُ "
. رواه مسلم
“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya
seluruh perkaranya adalah baik baginya. Dan tidaklah didapatkan pada
seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin : Jika
dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik
baginya. Jika kesusahan menerpanya, maka dia bersabar. Dan itu lebih
baik baginya.” (Riwayat Muslim)

Jadi..sahabat sekalian,walau apa jua dugaan yang menimpa diri kita,tempuhlah ia dengan penuh rasa syukur dan penuh kesabaran.Dalam keadaan apapun,kita,seorang hamba yang beriman
kepada-Nya harus senantiasa berbaik sangka kepada Allah. Dan
haruslah diyakini bahawa tidaklah Allah menurunkan berbagai musibah
melainkan sebagai satu ujian atas keimanan yang kita miliki.

wassalam..

Wednesday, July 29

Belajar mengajar


assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim..

23-27 Julai 09 di Selangor..

Saya,Alifmohd,AlifSyazwan,Fathi,Dell,Akem,k.Hamiza,k.Diha,k.Nathirah,k.Ju,k.Yah(kahiriah),
k.Atiqah.Kami la insan yang terpilih jadi fasi tuk mengajar budak-budak ikbn Dusun Tua menjadi muslim yang lebih baik.3 hari 2 malam kami berkampung di kompleks Rakan Muda,Kelang.

Jadi fasilitator bukan semudah yang disangka dan tidak lah sesukar mana pun.Banyak menda nak kena fikir.Mengajaq kena ajaq menda betul.Amanah tu!!
Seterusnya,nak ucap terima kasih banyak-banyak la kepada k.Hamiza sebab memberi saya peluang untuk menjadi fasilitator bagi program citra ibadah di Kelang.Banyak mende dapat belajaq tau.
Syukran awi2...

Program tu bermula ngan agak slow mula2.Tetapi hasil ketekunan,kesungguhan kami dan juga bantuan Allah,alhamdulillah program tu berjalan dengan lancar.Ldk yang paling tak boleh saya dilupakan,Ldk Belia Cergas,Jangan Lupa Ibadah ngn Senaman demi matahari..sampai fasi2 pn jadi kelam kabut tengok peserta yang terlampau semangat.Slot ldk mlm hari sabtu tu beh gak..tygn video..sedey..tahniah wat k.Diha,k.Miza ngn Akem.

Fasi2 semuanya bekerjasama dengan baik sekali.Lebih-lebih lagi ketua fasi,dell.Memang power la dell.Baru angkat sebelah tangan,semua budak dah diam..he2..fasi2 yang lain pun mantap juga(tak sebut sowang2,byk sgt).Apa pun,korang sume memang sporting.Terutama akak2 fasi la,nmpak je cam diam tp lebey kuwang cam kteorang jugak..ha3

Alhamdulillah..
Selesai program citra ibadah,malamnya,kami dibawa ustazah(mak k.miza pergi makan malam di Old Time Cafe.Kami(fasi2 laki) sempat la merasa makanan barat(lamb chop).Jarang-jarang dapat makan tu.Kami pun order la bebanyak.Sorry banyak2 la kt ustazah sebab belanja..hu2..mane tak nye,kami pesan makanan penuh dua meja(..mahal weh!!..bukan satu meja).
Astaghfirullah..insaf2..tak wat lagi lepas ni..hu2.

Pagi isnin
saya,dell,alif syaz,alif mohd ngn fathi,sempat pergi ronda2 ikbn..ada kolam air panas kat situ..fuyoooohh..kami dengan rasa jakunnye main2 la kat kolam air panas tu..celup2 kaki je..kaki tu kalau rendam,bley jadi daging rebus...iyee..betull..panasnya,subhanallah.Tak percaya cuba la.Bertambah rasa kesedapannya kalau korang cuba rendam kepala korang dalam kolam tu..bayangkanlah sendiri..ha3

Terlupa pulak nak cerita,hari pertama masa sampai ke ikbn,kami(fasi2 laki)dah kena ajaq budak2 kecik baca al-Quran.Beh la jugak.Baguih budak2 ni,kecik2 dah pandai baca al-Quran.Macam2 ragam budak2 ni.Ada yang termenung,ada yang main2,ada yang mengaji,ada yang kacau membe ngaji...ha2..

Akhir Kata..
pengalaman ke Selangor khamis-isnin lalu betul2 melakar kenangan manis dalam sejarah hidupku..memang beh..syukur alhamdulillah..

wassalam..

Tuesday, July 21

Berita Baik!

Bismillahirrahmannirahim...

Berita baik untuk semua Ahli Permaiya..baju anda semua telah siap..cantek dan selesa..boleh digayakan dengan berbagai seluar dan sesuai untuk segenap majlis..
Anda boleh mengambil baju permaiya anda daripada wakil-wakil yang disahkan seperti berikut:

-Bagi senior banin dan banat-Dell d economist
-Bagi junior banin dan banat-Hazim
(boleh diambil bermula rabu,22.07.09)

Segala kecacatan pada baju bolehlah dilaporkan(yang jelas kecacatannya spt x de name ke dll)

Saya ingin mohon maaf atas segale kelewatan..baju yang sepatutnya siap pada bulan 6 yang lalu ditunda ke bulan 7 ni disebabkan masalah teknikal..kita merancang ttp tuhan yang menentukan...
Terima Kasih diucapkan kpd akh Syafiq dan ukh Farahdina yang banyak membantu dalam menguruskan baju ini....
Juga diharap anda semua dapat menerima baju itu seadanya dengan penuh rasa syukur..
*ehem2..bagi yg belum deposit lagi paham2 je la..

sekian..

Sunday, July 19

Cemerlang

Assalmualaikum w.b.t..

"Aku akan menjadi pelajar terbaik"begitulah luahan setiap mereka yang ingin berjaya..sering kali kita dengar ungkapan ini lebih-lebih lagi selepas natijah peperiksaan diperoleh(begitu juga aku)..
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui bagaimana caranya untuk menjadi yang terbaik..
Berikut adalah antara beberapa cara tersebut:


-pertama sekali anda perlulah ingat bahawa tanggungjawab untuk belajar dan mencari ilmu yang dilakukan adalah merupakan satu amanah yang akan disoal di hadapan Allah.Anda tidak sama sekali boleh mengkhianatinya..

-Jadi,sudah tentulah kita sebagai seorang muslim mesti menjaga amanah tersebut..yang terpenting ialah kita menjaga solat 5 waktu kita secara berjemaah...kerana solat itu tiang agama..

-untuk berjaya dengan cemerlang anda tidak perlu jadi genius.Ia bukan sesuatu yang ajaib.Orang yang capai kejayaan dengan cemerlang adalah orang biasa seperti anda,mereka YAKIN dengan keupayaan mereka serta melakukan yang terbaik.

-Sabda Rasulullah s.a.w.
Allah mencintai sesiapa sahaja di antara kamu yang menjadikan sesuatu dengan mutu yang tinggi dengan terbaik.
(hadis riwayat muslim)

-orang itu cemerlang kerana usahanya yang teratur tetapi ini bukan bermakna yang gagal itu bodoh dan lembap,ia adalah kerana salah teknik dalam belajar.
-haruslah kita kejar masa bukan belajar ikut masa.

-Menurut prof.dr.Hamka dalam bukunya,"falasafah hidup"(1994:71)menyatakan bahawa:

"Ilmu meningkatakan derajat orang alim,sehingga merekalah menjadi bintang didalam masyarakat.Satu ribu (1000)orang bodoh akan mati dalam sehari tidak ada orang yang tahu,tetapi kematian seorang alim mengegarkan dunia,kematian seratus ribu(100000)kuli dihimpit tanah pada lombong arang,akan bertemu didalam akhbar kawat dengan huruf kecil yang tidak penting,tetapi kematian seorang ahli ilmu akan menimbulkan ratapan bertahun-tahun."

-Juga yang paling penting ialah kita kena lah rajin berusaha dan bertawakkal kepada Allah..saya selalu teringat ungkapan ini(ingat lebih kurang je)..

"seorang pelajar biasa,
manusia biasa,
dari keluarga yang biasa,
bersekolah di sekolah biasa,
tetapi usahanya yang luar biasa,
akhirnya dia menggemparkan dunia..."

...hmm..dapat la kita faham bahawa sesiapa pun boleh berjaya..kalau mereka boleh,kita bila lagi??..

wassalam..

Friday, July 17

Hikmah Kembara


Assalamualaikum w.b.t.

Tinta ku kini kembali bertandang ke dalam blog setelah lama menyepi...huh(sibuk sebenarnya)
tarikh 15-17 Jun 09 melakar kenangan yang cukup berhikmah buat diriku dan sahabat-sahabatku..walaupun sudah berusia sebulan lamanya ttp ia membawa erti yang amat besar kepada kami..
Lawatan ke KL(bagi mendalami isu ekonomi dan perbankan)spnjang 3 hari itu mencatat satu informasi yang berguna bagi diriku ini khususnya di dalam memantapkan persediaan sbg bakal graduan shariah..
Di ruangan yang sedikit ini ku ingin membawa sahabat semua ke Islamic Banking and Finance Institute Malaysia(ibfim)-salah satu daripada tempat yang kami lawati(malas nak cerita semua tempat)..kami diberi penerangan oleh En.Roslan Bin Abd Razak,director business advisory..antara mutiara kata&pesanan daripada beliau buat kami:
-kita sepatutnya berbangga kerana bank islam yang pertama yang tertubuh di dunia secara lengkap operasinya adlh di Malaysia pada tahun1963 di bawah Tabung Haji dan Malaysia merupakan negara yang pertama mengamalkan sistem perbankan dual banking..
-our mind is likes parachute,if you do not open it,it is useless.....
-you wrong when you doing thing to be granted..
-Think out of the world not only just out of the box..
-what makes you different from others?..
-yang paling penting ialah boleh berkomunikasi di dalam bahasa inggeris dan bahasa arab dengan baik..kalau good,susah sikit tp kalau excellent(faham2 je la)..
-apa-apa muamalat pun mesti berteraskan 3 usul-aqidah(faith),syariah(practise) dan akhlak(moralities)..
-to be shariah scholar it is not only about riba` and profit sharing(tabarru`,hibah,muqasah)..it is all about the shariah and it`s operation and practical..
-saya tak tgok cgpa 4flat ke 7 flat ke..
-kadang-kadang yang dapat top scorer(4.0) slalunya mereka ni yang duduk sorang2,tempat sunyi...tak guna kalau 4.0 kalau tidak boleh bekerja dalam satu kumpulan..you bekerja di dalam shariah dan perlu kepada banyak perbincangan..tapi bukan la bermakna dpt cgpa rndah shj,cgpa msti la yang acceptable...
-communicate dengan kawan2,broken broken la...slowly slowly..

kami melewati beberapa lagi tempat yang berkait rapat dengan pembangunan ekonomi islam seperti aibim,inceif dan maybank(di dataran maybank)...banyak peristiwa menarik lagi yang berlaku cam kteowg transit kat ktn dlm 6 jam gak r tp tu cerita len kali la ea..
itu shaja lah yang dapat ku kongsikan bersama2 sahabat semua untuk post kali ini..tulisan di atas ini ada beberapa tambahan untuk menyedapkan lagi ayat(ha3..walaupun tak berapa nak sedap)..kesimpulannya..kita(sahabat satu kos) perlu lah belajar mahirkan kita punya soft skill@skill peribadi kita supaya kita dapat menyumbang kepada islam dalam aspek ekonomi khususnya..semoga rentetan tulisan ini dapat memberi motivasi kepada kita semua untuk membuat yang terbaik di dalam segenap kehidupan kita..
*Berbagai lagi tempat menarik yang ku kembara di waktu cuti ini...nantikan di dalam post yang akan datang...k..

wassalam..

Saturday, June 27

Selipar Oh selipar...


assalamualaikum..

Banyak isu hangat mgkin diperkatakan oleh org awam y berada di luar sana..tetapi aku memilih untuk bercerita tentang selipar..mungkin agak kelakar nak tulis tajuk nie..tapi terpaksalah demi menjaga kemaslahatan semua...(macam serius la pulak)..
Sahabat..

JUMAAT..tanggal 26.06.2009,jam 12.30 pm..ak dan sepasang seliparku yang berwarna hitam,jename bata dan agak selasa bila dikenakan pada kedua kaki..x mhl..em..dalam rm5 shj..tp ckup memukau sesiapa untuk mencuri seliparku ini...ak letak seliparku itu di atas rak kasut,line 3 baris yang ke-5(itulah kali terakhir ak tengok selipar tu)...lepas tu ak masuk la ke dalam masjid untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat...

Seusai solat sunat ba`diah...
ak pergi la kembali mencari selipar ak tadi...selipar ak HILANG!!...panas hati..ditambah matahari yang tampak terik membakar atas kepala..diperzahirkan lagi kepanasannya melihat ke arah jalan tar yang meruap-ruap habanya naik(tampak seperti ada lopakan air)..ak husnu zann yang ade jemaah meminjam selipar ak(mungkin ke tandas kot)..punye la lama tunggu..x muncul2..sah!!..hilang...terpaksalah ak jalan kaki balik ke rumah berkaki ayam hari tu..dalam 1 km la jugak(tambah tolak short cut)..panasnya jangan dikira..memang perit..Allah shj Yang Tahu..

Jadi..ak ingin berpesan la kepada sesape yang ade terambil atau terpakai atau tersarong(pe2 yang sama maksud dengannya lah)..pulangkanlah sebab perbuatan itu dikira mencuri..
Ini sebagai renungan kita bersama..
Mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan jalan diam-diam diambil dari tempat penyimpanannya..mencuri adalah sebagian dari dosa besar..orang yang mencuri wajib dihukum, yaitu dipotong tangannya(perkara ini perlu diteliti secara halus sblm dijatuhkan hukuman)..(tp kalau setakat mencuri selipar itu boleh dimaafkan lagi la)..dan tp adalah lebih baik kita mencegah daripada terkena penyakit..kerana satu langkah kecil akan membawa kepada langkah yang seterusnya..Firman Allah s.w.t:
05-38 (Al-Maidah)
Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Q.S. Almaidah (5) : 38)
Apabila ia mencuri untuk yang pertama kalinya, maka dipotong tangannya yang kanan pada bagian pergelangan telapak tangan. Bila mencuri untuk yang kedua kalinya, dipotong kaki kirinya dari tuas tumit. Mencuri untuk yang ketiga kalinya dipotong tangannya yang kiri dan yang keempat dipotong kakinya yang kanan. Kalau dia masih juga mencuri, dipenjarakan sampai ia taubat.(ini bagi kes2 yang mencuri yang berat)..sama2 kita renungkan..

wassalam..

Friday, June 12

Hikmat Berguru..


Assalamualaikum..
hu2..
memang terasa peritnya cuti ini..ak mendambakan suasana belajar berguru di dalam kelas..3 bulan tanpa berguru..bayangkan..perit!!..buku2 ku tersusun elok di meja(rapi dan cantik)..maklumlah,kebanyakannya terdiri drpd kitab2 berbahasa arab dan drpd kitab2 karangan ulama` terdahulu..berjilid2..(bahru almazi syarah mukhtasir attirmidzi,tafsir al-azhar;prof dr.Hamka,ihya` ulumuddin;imam alghazali,fiqh sunnah;sayid sabiq dan berbagai lagi)..buku fiqh manhaji mase sem 2 pun belum habis ku kaji..terasa lain sungguh bila belajar tanpa guru..susah..ak sudah cuba memahami apa yg terkndg di dlm kitab2 tersebut..ak x dpt pemahaman mlainkan sedikit shj..tlg la ak guru!!
Sahabat..
Yg pntg dlm belajar berguru ini ialah berkat guru itu..ak sdih melihat sahabat2ku yg ske mgmbil ringan khdiran ke dlm kuliyyah..ponteng kerana LETIH..adus!!mmg x logik...
..hargailah waktu kita msih berguru ni..kata org yg guru itu bukan setakat mghabiskan apa yg trkandung di dalam silibus je..mereka mengajar kite tentang cara belajar, tentang pambahagian masa, tentang cara belajar di universiti, tentang cara buat nota, tentang membuat keputusan dalam hidup, tentang cara menyelesaikan masalah dalam hidup, soal kematangan dalam hidup dan lain2 lagi..
sedangkan rasulullah s.a.w pn berguru dgn malaikat Jibril ketika wahyu pertama baginda diturunkan..inikan pula kita manusia biasa yg penuh ngn dosa..

jd sme2lah kite memanfaatkan cuti kite ni dgn menuntut ilmu secara berguru ye..
jgn lah kite jd org yg bodoh sombong...k

wasalam..

Monday, June 8

Buat Ahli Permaiya


assalamualaikum..

buat ahli permaiya yg membce khususnya..
ni susulan drpd design bju t-shirt permaiya kita tu..
design ni direka akh Badrul Hisham..pereka bju dan pelukis y disegani di dlm Permaiya..just nk bgtau,tulisan "jamiatul yarmouk" kt blkg 2 de stu je..kte amek y tulisn bwh tp kduduknnye kt tulisn atas..faham??...nme dtulis sblh kiri bwh(bhgn depan)..ni design bju banin..4 banat lengan pnjang..2 je la info yg bley dikongsi..harge bju cam yg dibritau ri2..dijangka siap bln 6 ni..harap2 sume berpuas hati..k

Sunday, June 7

Pendahuluan

Assalamualaikum....

akhirnya dapat juga diriku ini meluangkan masa untuk buat blog ini..
huh..terasa penatnyer...maklumlah budak baru belajar wat blog...susah jugak ea..
saje aku nukilkan kata2 dalam blog ni tuk memenuhi cuti 3 bulan ku ini...
lebih bermanfaat daripada aku bermain game..he2
so,,tak la ak ketinggalan dalam dunia it yang sedang rancak berkembang ni..
emm...rasenyer itu shaje la wat mse ni..ari pn da lewat mlm ni..tido dlu..

wassalam..