Tuesday, February 7

Part 1 : Catatan seorang Traveller

Hari Satu

Wah!..aku buat-buat terkejut. Hari ini nak ke Turkey! Tapi banyak lagi yang tak kemas. Kelam kabut sebab tengok orang sudah berkumpul kat coaster. Semalam tu siap lukis-lukis nak bawa apa,pastu tertidur.

Cepat-cepat kemas bagpack. 2 beg aku bawa. Satu kecil,satu besar. Yang kecil tu penuh dengan maggi dan perencah air Nescafe. Yang besar pula penuh dengan kelengkapan peribadi.


Pagi itu kami mulakan perjalanan dari kota Irbid ke Queen Alia Airport di Amman. 2 jam tempohnya. Pukul 9.30 pagi kami tiba di departure gate. Terus check-in flight Royal Jordanian(RJ). Fuhh..tepat-tepat masa kami check-in. Tak cepat tak lambat.
Alhamdulillah.

Sementara menunggu untuk berlepas, kami bertiga(aku,man dan amir) pekena dahulu dale3(ayam goreng) yang dibeli malam semalam. Yang tak tahan, lirikan mata kelaparan member yang lain tu. Lapar juga semua rupanya. Tu la, malam semalam buat-buat keras tak nak beli dale3. Ooo..baru la nak kata ukhuwwah fillah!macam-macam.haha


Cukup. 
Teruskan.

Ini merupakan kali ketiga aku naik flight untuk bercuti dalam setahun.kaya beb!..Alhamdulillah!.
Agak sempit tapi esklusif flight RJ ini. Empat seat setiap lajur. Aku dapat seat tepi tingkap tapi malangnya terpaksa tukar lepas tu.huhu. Mengutamakan akhowat yang nak duduk dengan membernya. (wah, betapa machonya lagakku masa itu!).


Dalam flight kami bersarapan sekali lagi. Alhamdulillah.

"Berbaloi la bayar mahal-mahal kalau ada makanan.hehe",monolog sendirian.

orang ramai membeli Jeton
2 jam selepas itu,kami tiba di Artatuk International Airport. Kami diberikan sedikit taklimat oleh Faisal dan Aiman, guider kami sepanjang 9 hari di Turki. Selepas briefing ringkas,kami terus bergerak ke mesin Jetonmatik. Membeli cik Jeton(token) untuk naik Tram ke hotel kami di Cemberlitas.
Kami perlu tukar tram setibanya di Zetinburnu untuk sampai ke Cemberlitas. Tapi lawaknya di sini, ada 4 orang akhowat tersangkut dalam tram tu. Tak sempat nak turun bila tiba di stesen tersebut. Semua dah macam “hah?wadde?”. Tetapi dengan selamber, aku dan member laki-laki yang lain siap lambai-lambai lagi kat diorang dalam tram tu. Situasi yang separa cuak campur lawak.

kami yang cool
Aku dan beberapa kenalan yang lain bersnap gambar sementara yang lain sedang cuak memikirkan akhowat yang terlepas stesen tu. Betapa coolnya kami. 
Selang 10 minit, akhowat fantastic 4 ini berjaya patah balik semula ke stesen Zetinburnu dengan jaya. Syabas diucapkan.



Memandangkan bilangan kami seramai 25 orang sudah cukup, kami tanpa berlengah terus bergerak ke stesen pit stop tram di sebelah untuk meneruskan perjalanan ke Cemberlitas.
Lama juga perjalanan. Berdiri sambil pikul bagpack traveller di dalam tram yang penuh orang ramai memang susah. Lenguh satu badan. Jadi, benarlah kata-kata, sudah jatuh ditimpa tangga pula(eh,kena ke timing nak letak peribahasa ni?layan je la.).


Cubaan beramah mesra dengan pakcik dan makcik Turki:

"Nasilsiniz? (apa kabo?)", sapaku.
"Iyiyim..(sihat)", jawab makcik.
"hmmm..tesekkur ederim! (terima kasih!)", balasku selamber untuk menamatkan perbualan. Tak reti nak cakap apa da.

Tergelak kecil makcik tu di samping suaminya.
*ada lagi perbualan yang lain-lain lepas tu.tapi tak ingat sangat da.laju sangat dia cakap. T.T

Kami disambut hujan separa lebat setibanya di Cemberlitas. Kali ini 2 orang syabab pula yang tersangkut dalam tram. Adoi! Giliran Aku dan Acad menjadi penunggu setia mereka di tepi stesen tram sambil disimbah hujan. 

"tu la, tadi ejek sangat akhowat.balasan",bisik hati. Insaf T.T

Setelah kedua mereka ditemui kembali, kami sama-sama bergerak ke hotel penginapan kami, Cordial House. Hawa panas di dalam bangunan hotel begitu menyelesakan. Setiap kami dipecah kepada 4 orang sebilik. Setiap bilik ada 4 katil dan satu pemanas bilik.
Tiada almari, tv dan peti sejuk. Tapi sudah mencukupi.


Cafe terletak di tingkat terbawah. Wifi juga turut disediakan di sini. Tapi malang henset aku jenis ala-ala 3310(tak dapek den nak guno wifi tu).

Oh ya, juga cukup aku kagum dengan lampu automatik kat hotel tu. Ada orang baru lampu terbuka. Jimat letrik. Sokmo acah lampu automatik ni.Sekejap tutup,sekejap buka.(agak kebudak-budakan di situ).

Di sebalik semua kebudakan itu, kami semua bergegas menuju ke bilik, berwuduk dan bersolat jamak takhir asar dan zohor.

*******

Senja berarak pergi. Malam datang mengganti. 

Seperti dijadualkan, malam ini aktiviti bebas.
Kami berjalan ramai-ramai mencari dealer Forex di sekitar Istanbul. Nak tukar duit Euro ke Lira Turki. 
Sebelum tiba ke kedai Forex yang dituju, kami melintasi Grand Bazar.
Kebanyakan kedai sudah tutup seawal jam 7 malam.

sobinier dia cantik-cantik.
"where are you from?Malaysia?terima kasih,apa khabar,proton,gen 2..",penjual sobinier(souviniers) berbahasa untuk menarik minat kami.
Begitu femes negaraku di sini.Bangga kejap sambil kembang kempis hidung.
Nak beli tapi apakan daya, duit belum ditukar lagi. Sori ya pakcik!



kedai tukar duit
Semasa di kedai tukar duit, tiadalah aku guna bahasa mat saleh aku yang sangat fluent tu(bajet fluent). Sepatah pun dia tak faham nanti. Jadi, gunalah bahasa isyarat. Agak lawak la masa tu.





Selepas tukar duit, perut pula rasa lapar. Kami pun mencari kedai makan berdekatan.
Berorder la kami semua dengan sesedap hati mengikut menu di depan mata.
Lepas makan, tercekik la kami, bila melihatkan bilnya. Jika di Malaysia, 4 kali makan pun boleh.Gulp! 


Sedap yang amat tapi sikit sangat. Apa lagi? Balik hotel, berbantai la sebahagian kami akan maggi bersama sebotol air minuman serbuk. Lebih kenyang dan menyelerakan. Nyum-nyum.   

Tak sabar tunggu hari esok~~


**diambil dari hari pertama catatanku semasa di Turkiye
**macam panjang la pula nak tulis catatan ikut hari.haha.akan cuba diringkaskan.
**nak buat travelog.tapi tak reti.aigoo

3 comments: