Wednesday, January 4

Bujang 2:Peribody

Bismillahirrahmanirrahim

Cuaca luar kool gila. Bawah 10 celcius agaknya.
Sejuk lain macam.
Azan subuh berkumandang.

Bangkit kemudian berwuduk dan tangkas segera menunaikan sunat 2 rakaat sebelum subuh.
Alhamdulillah.

Dari Aisyah dari Nabi s.a.w sabdanya “ Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya .” (HR Muslim ) 


Bak kata ust azhar idrus, ni la cara paling mudah nak jadik orang paling kaya!
*****
Ternampak kelibat seorang bro yang berstatus bujang semasa aku menapak menuju ke masjid Jamiah tadi. 

Mukanya putih bersih berkaca mata sambil al-quran bersaiz mustawa(sederhana) di tangan kanan. 


Wap udara keluar sikit dari rongga mulutnya lantaran bibirnya laju menitipkan zikir barangkali. 


Dibelek-belek mushaf di tanggannya itu seperti cuba mengigati ayat-ayat suci yang sudah dihafal. 


Bro dikenali sebagai seorang Hafiz quran, tampan bergaya dan luas ilmu agamanya.

   "Peh! eh, Subhanallah! Kagum gila dengan kau Bro.
    Seyes, aku nak jadik macam kau
,"bisik hati.

Menapak laju sikit sehingga betul-betul berada tepi Bro tu.


   "Assalamualaikum," salam aku sapa.
   "Waalaikumussalam," salam aku dibalas lembut sambil senyum manis terukir di wajah Bro tu.
   "Hmm..g masjid ke?," aku berbasi-basi.
   "Ya..,"jawabnya sepatah.
 


Aku pulak jadi malu tanya soalan bodo macam tu. haha
Masuk masjid, tiba-tiba teringat yang terlepas angin dalam perjalanan tadi. haih. sejuk kot nak wuduk balik (T.T) 


Siap berwuduk terus dirikan solat sunat tahiyyatul masjid.
Iqomat dilaungkan dan solat subuh berjemaah didirikan.
Makmum tenggelam kekhusyukan dalam alunan ayat-ayat suci dari Syeikh Makmun.

Al7mdulillah Ya Allah!
Aku sangat-sangat bersyukur akan hikmah yang Kau tunjukkan pada pagi ini.
Istiqomahkanlah aku sentiasa subuh berjemaah dan rajin mentadabbur ayat-ayat suci-Mu. Amin.

Renungan:
"Ya Allah,kenikmatan yang aku atau salah seorang dari makhluk-Mu berpagi hari dengannya, adalah dari-Mu semata; tiada sekutu bagi-Mu. Maka bagi-Mu segala puji dan rasa syukur." -doa al ma`thurat-

Keutamaan doa:

Dari Abdullah bin Ghinam Al Bayadhi RA sesungguhnya Rasulullah bersabda:"Barangsiapa di pagi hari mengucapkan," Allahumma ma asbaha bi min ni`matin.."maka dia sudah dianggap menunaikan kewajipan bersyukur di siang itu. Barangsipa mengucapkan doa yang sama ketika petang, maka dia sudah dianggap menunaikan kewajipan syukur di malam hari."(HR Abu Dawud,Nasa`i)


Sekian

*Sorry Bro, pagi-pagi stalk gerak geri Bro.
*Sem depan aku kena hapal 4 Juzu` dalam 4 bulan. moga dipermudahkan. Allah yustur..
*hmm..harapnya para akhowats pun tengah sibuk ingat kat Allah..Amin


"semua ilmu ada dalam Quran"..
sila picit gamba tuk baca full komik.


To be continue..

2 comments:

  1. fuhh memang bujang la. siap ade pesanan utk akhowat pujaan hati lagi :)

    kem salam kt bro yg enta jmpe tu.
    bittaufiq..

    ReplyDelete
  2. hehe..
    bukan pesanan tapi harapan la..

    ok2..
    Bittaufiq juga Ostad Amin Bumbuni =)

    ReplyDelete