Wednesday, January 18

Bujang 4 : Padat Otak

Bismilllahirrahmanirrahim

Pukul 8 pagi. Waktu tempatan Irbid,Jordan. Ya,masih di musim dingin dan masih digulung hirom(selimut tebal). Kertas-kertas dan buku bertaburan di kanan dan kiri katil.

*Sengaja diteraburkan untuk menaikkan sikit suasana cerita ni dan nampak la macam bujang sikit(tiba-tiba..haha).

Sudah semalaman berjaga. Menghadamkan kesemua material tersebut untuk paper Ekonomi Zakat & Waqaf jam 11.00pagi nanti.

  “Nah! amek kau, stadi last minit lagi..”,sesalku sesaat.

  “arghh,tido jap la, tepu da otak ni..”, ujarku selepas sesalan sesaat.

Secara automatiknya aku tersebut pewwit dengan sekuat hati untuk hilangkan sikit rasa serabut.hehe. Lagu Zawjati oleh Ahmed Bukhatir dipasang di laptop legendku berwarna kelabu. Ku corongkan suara artis itu melalui earphone yang baru dibeli bulan lepas pada tahun lepas. Hah? ~.~
Wah..nikmat rasanya sambil baring dengar lagu sentimental begitu. Berbekalkan secubit kerajinan dan mata sepet yang separuh, aku kembali meneliti point yag telah digariskan pada kertas di tangan kananku.


Selang 15 minit..
Sedang berair liur basi aku di atas tempat perbaringan, tiba-tiba dikejutkan oleh ketukan pintu yang super saiya kuatnya(hiperbola). “Maliz,maliz..Sakduuun”,diiringi lontaran suara dua petala langit.

  “Haih,da seminggu duk ketuk pintu rumah ni ha..ngantok ni..biarkan dia..biarkan dia..”,monolog aku.Tensen.

Hampir setiap hari beliau,iaitu rumah penjaga(baca:housekeeper) datang mengetuk menuntut diplomasi aku serumah dalam membayar hutangnya. Semacam tak tahu yang kami sedang menghadapi final exam. Haih.

Khabarnya pada minggu lepas, kami serumah dikenakan 65Jd (convert sendiri) untuk bil air sahaja. Fuyyo,mahal tuu. Recheck balik, rupa-rupanya kami dikatakan tertunggak bil selama 6 bulan.

  “eh, aku da bayo la!..kat Syarif,pembantu kau!”,ujarku dengan nada meninggi kepada Sakdun(nama housekeeper).

  “mane ade..ok,nanti aku panggil Syarif datang..”,semangat beliau.

Syarif bertandang datang lalu dibentangkan beliau bajet(baca:bil air tertunggak) dan ternyata yang kami serumah bayar itu merangkumi bil letrik dan sewa rumah sahaja. T.T

  “Ok la,nanti kau datang la kutip esok-esok..”,ujarku mengalah.

Sejak itu,tiap-tiap hari mereka datang mengetuk pintu rumah. Bersilih ganti. Kadang-kadang Syarif tetapi acapkalinya Sakdun. Setiap ketukan berlarutan 10 minit lamanya. Setelah seminggu ketukan mereka tidak terlayan, mereka mengatur strategi drastik dan tragis.

Lagu zawjati yang ku ulang sejak 15 minit tadi terhenti berputar tiba-tiba. Mesin basuh di dalam toiletku yang digunakan Bujang B tadi turut berhenti berputar. Ha, teori konspirasi terbaik punya dari housekeeper ni. Tak bayar hutang bil air dipotongnya letrik.

Terhenti nawaitu nak sambung tidur. Berasap juga rasa kepala time nak final ada orang buat camni.

Huh. Moga senang jawab exam nanti.

Mengantuk+padat otak serabut+nak skor 90 ke atas = tak dapat la jep.. T.T


Continue..

No comments:

Post a Comment