Friday, January 13

Bujang 3 : Teringat

Bismillahirrahmanirrahim

Mood : Rindu

Hati tiba-tiba menjerit nak jadi baik hari ini. Pagi ini dimulakan dengan agak ekselen.
  

 “jadikan hari ini lebih baik dari semalam” ,ujar watak protagonis segak bergaya dalam diriku.

Duty seorang hamba diterjemahkan dengan baik.Yang wajib dipenuhi,yang sunat pula dituntuni.

****


Wah, perjalanan ke tanah suci mekah pada cuti musim panas yang lepas menghadiahkan aku dengan sebuah perkenalan yang amat bermakna. Perkenalan dengan peribadi manusia terulung di muka bomi. 
melalui buku sekecil ini aku belajar mengenali sunnah baginda

Allahumma solli ala Muhammad.

  Eh, nip.pe kate kite try g tengok kat mane raudhah?, cadang aku seusai solat sunat selepas zohor kali pertama di Masjid Nabawi.

  Ok, jom.nanti boleh kite target port nak duduk.tunggu aku abis solat sunat jap,balas beliau.

Selipar dimasukkan ke rak kasut.Aku dan bujang A mencari-cari Raudhah setelah menyusun selipar di rak kasut.(itulah kali terakhir tengok selipar tu… T.T)
Kelihatan sekumpulan manusia berkumpul ramai di hadapan.Tidak bergerak dan tidak pula tolak menolak.Aku bersama bujang A turut serta dalam kumpulan tersebut.
Tabir putih dihadapan kami dibuka.
Woosshh..tolakan kuat dari belakang secara tiba-tiba.Terlonjak aku dan bujang A dalam kawasan yang lapang tiada orang.

 “nip,cube tengok kaler kapet ni.warne hijau la!”,ujar aku dengan satu kali lipat kegembiraan.

 “eh, yelah!dalam Raudhah rupanya”, kegembiraan dua kali lipat terpancar dari riak wajah bujang A.

Allah sahaja yang dapat mengetahui gembiranya hati kami tika itu.
Suasana solat sunat di dalam raudhah. Sangat tenang. Tidak sesak. Rezeki kami barangkali.
Alhamdulillah.

****

Seusai solat dua rakaat di dalam raudhah,kami dilorongkan pak guard menuju ke satu track yang penuh dengan manusia.
“Muhammad Rasulullah”. Tulisan yang terpampang di pagar besi berwarna keemasan.Kelihatan ramai yang menangis teresak-esak ketika melalui perkuburan itu.
Ha, tahulah aku yang kini kami berada di kawasan perkuburan manusia terulung. Aku cuba berdiri serapat yang boleh dengan kubur baginda dengan penuh adab seraya mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad dengan suara yang rendah.



السلام عليك يا رسول الله ورحمة الله وبركاته 

“Salam sejahtera, rahmat Allah dan keberkatanNya untukmu ya Rasulullah”

Bibirku lantas mengucapkan selawat dan mendoakan baginda.


سُوۡرَةُ الاٴحزَاب

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا (٥٦

“Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kepadanya(Muhammad) dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Surah Al-Ahzab:56)

Kemudian mengucapkan salam kepada Abu Bakar dan Umar dan mintakan keredhaan Allah buat keduanya.

Saat itu, aku cuba mengingati peribadi baginda yang begitu mulia.Dari sosok tubuhnya,akhlaknya hinggalah kepada detik kewafatan baginda.Bagaimana mungkin kita dapat kecapi nikmat islam sesempurna hari ini tanpa manusia teragung ini.
Tanpa sedar ada air mata panas deras mengalir ke pipi. Hati ini begitu tersentuh.




sila tonton video ini dengan tenang..

tanda cinta nabi akan umatnya.. 
mengalir airmata setiap kali ulang.. T.T
*****

Setelah melewati perkuburan baqi` , aku berjalan sekitar masjid nabawi sehingga bertemu dengan satu kedai toko buku.
Alhamdulillah, aku bertemu dengan dua buah buku yang sangat kool dan best. Ketemuan buku berbahasa melayu di Arab Saudi. Buku sejarah yang ditulis berdasarkan sumber yang kukuh dan diterangkan dalam bentuk yang mudah.

buku yang sangat best!

Ok, itu saja. 

Sekian.tata.

*Tiba-tiba teringat kat madinah(bukan nama akhowat ye..hehe =P)


Bersambung..

2 comments:

  1. اللهم صل على محمد
    antara nikmat di dunia ni adalah dpt menziarahi Nabi SAW.

    post anda menaikkan rindu, Allah...

    juga rindukan Makkah (bukan nama akhawat)..

    ReplyDelete
  2. indeed ya sheikh..Alhamdulillah,diberi peluang ke sana waktu muda-muda ni.

    nnti sesame kite p mase cuti soifi ni..amcm?hehe

    saje je tulis bukan nama akhwat tu,sebab nnti org pikir lain.hehe

    ReplyDelete