Bismillahirrahmanirrahim Hari ini, Mac kedua di sini, Irbid. Mata masih tertutup rapat. Tangan kanan segera aku Jantung organ yang paling unik dalam tubuh manusia tak pernah behenti mengepam darah sejak kita kecil. Tak pernah berhenti. Ajaib sungguh. Subhanallah! Cepat-cepat aku capai smartphone disisi kepala bantal. Alarmnya ku tutup. Sekilas mata tertangkap tulisan note di dalam phone tertulis "hari ni haircut".Gulp! ***
Mengalami konflik diri. Panjang atau pendek? "Nanti kalau kita kat oversea,kita nak simpan rambut panjang-panjang. Bior dua tahun tak potong pun takpe",getusku .Tekad aku. *** Bila panjang orang suruh potong, bila pendek orang suruh simpan. Hmm.jelas sangat la aku ni hensem.haha -status fb sikitsatu(someone)- ***
Jemaah masjid Jamiah hari ini berkurang safnya. "Kalau hujan mesti penuh",spontan. Seusai maghrib,ajak rakan-rakan yang ada diajak teman pergi bergunting. Malu pergi sorang-sorang. "Jom teman aku pegi haircut" "takley la,harini nak tunai nazar belanja satu batch `adi bil beidh(sandwich telor)" Arakian bepergian la aku berseorangan. *** Debaran dan masa bertawakkal Black Hair.Nama kedai yang tak asing lagi di irbid ini. Sambil dalam hati.Berbolak balik.
"rambut panjang lagi style kot"
"Alaaa,pendek la kemas"
Lepas tu.....
tetttt#cerita terpotong#sorry# **ini cerita masa ada kat irbid dulu.tak ingat sebab apa tak dapat habiskan.hurmm. **yang penting, lepas potong rambut, rambutku sebijik dengan gambar bro kat bawah ni.hehe
Wahaha..seraya aku tergelak melihat belog aku yang sudah minggu tidak hapdet. Seyes bulan ni bulan sibuk. Sibuk kemas bilik. Sibuk jual barang. Sibuk packing kotak. Sibuk cop mengecop. Sibuk menyibuk. Sibuk sibuk sibuk. June Bermula la cuaca panas menggila kali kedua dan terakhir kalinya aku di Jordan ini. Sama sahaja panas summer setiap tahun. Pokok segar jadi layu. Orang putih jadi gelap. Semut hitam makin menghitam. Musim ini best sebab musim ini musim buah.yeah! Syumam(tembikai susu). Karaz(Cherry) Mish mish(peach) Blueberry Bait syair arab: Insan ini di kala sejuk menggigil hendakkan panas mentari, insan tika panas membakar pula hendakkan sejuk menyamankan. Yang terbaik ialah kita terus memanjatkan kesyukuran kerana masih diberikan nikmat deria rasa dan peluang untuk terus beribadat kepadaNya. ** Graduation Istimewanya June kali ini, aku dan rakan-rakan sekuliah yang lain grad.yeah! . Bersyukur sangat-sangat. Amin Amin Amin Ya Rabb Sem last ni memang teruji segala emosional dan fizikal. Selepas satu-satu masalah batch kami hadapi. Kekurangan duit la, subjek susah la, terpaksa ambil imtihan kafaah la(placement test), dirasat jadwa susah gila, aktif berpesatuan. Haih.. dugaan. Ala kulli hal, syukur Alhamdulillah. Ini suasana dalam dewan convo saya hari tu.. Arab Style. Pantas and riuh rendah ^^
Berbagai rasa.. "wah, sekejap je ea duk Jordan ni. Nak balik da" "Aku tak sabar-sabar nak balik msia, tak tahan ngan arab" "rindu la pulak nak tinggalkan bumi barakah ni" "makin sedap la pulak laban nih..haih" Semoga Allah redha dengan apa yang aku pelajari selama 4 tahun ini dan semoga aku dapat manfaatkan ilmu secebis dengan orang lain nanti Inshaallah. *im officially the holder of B.A(Hons) Islamic Economics and Banking. ^^ *tak larat nak tulis panjang-panjang. Ngantuk kemas barang.
Di Jordan kala ini bermandikan simbahan cahaya matahari. Musim Soifi(baca:summer). Kata orang, waktu ini katanya waktu paling sedap kita tido. Masa ada di Malaysia dulu-dulu, rasa macam time winter yang paling sedap kita nak tido. Hmm.. Pendapat aku pula mengiyakan kedua-dua. Sebab rasa macam sama saja time tido aku waktu summer mahupun winter.haha
***
Pagi ini bangun aku dengan gahnya setelah cukup sudah puluhan jam berpejam celik kat atas katil. Ketulan kebingungan masih melekat di medulla oblongata(istilah sains). Penat menghafal. Sambil duduk, berdiri, berjalan, baring hinggakan mimpi pun tengah ngapal(baca:hafal). Tapi satu helai hafalan pun tak beranjak sejak berjaman(fushah:berzaman) lamanya. Tekak terasa kering. Lalu air gas jenama Fanta Stoberi ku teguk.
*gulp.gulp.gulp.burp*
*Pepagi minum air gas. Bertambah la kebingungannya.haih
*** Stado
Means : Stadi untuk tido.
Digunakan pada orang yang pegang buku sambil baring, pasang niat menggunug ke langit nak habiskan baca. Buku bedtime story yang paling best dibaca adalah buku-buku ekonomi. Tak sampai 5 minit saja. Terus tido. haha
"Nak buat macam mana, nama pun amik ekonomi dan perbankan.
Memang banyak la sejarah pahit manisnya nak kena baca dan hafal."
Ke Maktabah
Buat julung kalinya aku melangkah masuk ke dalam maktabah(baca:library). Mencari semangat stadi yang hilang di situ. Naik tingkat dua. Jumpa meja kosong. Niat dipasang dan buku dibentang.
"Hari ni aku nak baca dari pagi sampai petang.yeah!"
Semangat seperti api yang bernyala-nyala. Gemerlapan semangat aku terpancar ke seluruh maktabah.
"Panas maktabah hari ni", ujar rakanku dan lantas aku tersenyum kerana merasakan seperti aura aku menyebabkan maktabah ni makin panas.haha
Akhowat pula ramai turun library hari ni. Bagai minyak dicurahkan ke atas api. Tapi malang, semangat berapi tadi hanya beberapa detik saja. Tak sampai dua jam, atau lebih spesifik, tak sampai 30 mukasurat baca, mata aku da sepet balik. Mengantuk. Tanpa janggal, aku pun tiba-tiba rasa nak balik. Lalu aku pun balik. Itulah kisah aku stadi tadi.haha
Balik rumah, solat. Lepas tu fb,twitter,instagram. Sekarang, berbelog.
Senang cerita, semua benda la nak direkodkan dan digambarkan.
Hmm..tu je nak cerita kot.
Ngantuk tiba-tiba.
Oh ya, bagi wilayah Irbid seantero Jordan, sekarang waktu asar, hari Jumaat pula tu.
Banyak-banyak la kita berdoa.
Waktu ini waktu yang mustajab kita berdoa.
"Sesungguhnya pada hari Jumaat itu terdapat satu masa, apabila seseorang itu kena tepat pada masa tersebut berdiri dan berdoa serta memohon kepada Allah sebarang kebaikan,nescaya akan diperkenankan permintaanya itu" [Bukhari dan Muslim]
ada dua perndapat merujuk kepada 'satu masa' tersebut,satu masa imam/khatib duduk antara dua khutbah,dan satu lagi selepas asar sampai maghrib.
Ibn Qayyim dan majoriti ulama salaf memiilih pandangan kedua,yang kata masanya adalah selepas asar sampai maghrib berdasarkan hadith lain,yang bunyinya sama macam hadith kat atas tetapi ada tambahan;"maka carilah masa itu selepas asar" hadith tu riwayat Abu Dawood dan An Nasaie
Allahu A'alam.
Tata.
Salam.
***
*Lusa kena tasmik lagi 12 surah lagi. Gulp! Tapi sempat berbelog lagi.haih
*Aku mahu lulus imtihan ini dong! Kalau tak plan kawen awal terpakse dianjak lagi.heh.
*Tahap pembacaan buku-buku pada bulan ini sangat-sangat la kurangnya.Begitu juga kurang menulis semenjak dua ini. Kesimpulan..Kurang baca=kurang tulis. Hypothesis accepted.